Pusat pengundian Pulau Tioman ditutup awal

ROMPIN: Empat pusat mengundi di Pulau Tioman, ditutup mulai jam 2 petang ini, manakala sebuah lagi ditutup jam 3 petang.

Berdasarkan senarai dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 2010 pengundi berdaftar di pulau itu dengan lima pusat mengundi dibuka mulai jam 8 pagi.

“Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Juara, SK Mukut, Dewan Kampung Genting dan Resort Salang Pusaka, dibuka mulai jam 8 pagi hingga 2 petang, manakala SMK Tekek ditutup jam 3 petang.

“Selepas pengundian selesai, semua kertas undi dari Pulau Tioman akan dibawa ke pusat penjumlahan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dengan menggunakan helikopter,” kata SPR.

Berdasarkan senarai itu, ada 17 pusat mengundi di DUN Tioman membabitkan 52 saluran, termasuk lima pusat mengundi di bahagian pulau.

Sebanyak 10 pusat mengundi di tanah besar, akan dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala dua lagi, SK Sungai Mok and SK Denai ditutup pada jam 4 petang.

Pilihan raya DUN Tioman menyaksikan saingan lima penjuru di antara penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Hussain; Idayu Hashim (Perikatan Nasional – PN), Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan-PH dan Sulaiman Bakar (BEBAS).

Proses pengundian DUN Tioman tidak dapat diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada awal pagi sebelum proses pengundian bermula 19 November lalu.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker