‘Katalah apa pun’ – Hafidz Roshdi

Kuala Lumpur: “Katalah apa pun,”.

Demikian tulis pelakon, Hafidz Roshdi di Instagramnya, memaparkan hubungan dan kasih sayangnya kepada dua anaknya, Humairah dan Umar.

Dalam hantaran video itu, Hafidz turut menegaskan bahawa orang luar tidak tahu, bagaimana dia menyayangi anak-anaknya.

“Orang bukan tahu bagaimana abah sayang anak-anak. Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor ‘syahtttuu’ (satu),” tulisnya.

Namun begitu, selepas diteliti tanda pagar yang disertakan, hantaran itu rupanya adalah iklan untuk Hafidz mempromosikan produk makanan untuk kanak-kanak.

Hafidz bagaimanapun mengehadkan ruangan komen supaya tidak dihujani komen daripada orang awam.

Beberapa jam sebelum itu, isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik hantaran di Instagram Story, memaparkan dirinya sedang dirawat di hospital dengan kecederaan di muka.

Selepas itu, Shuhada juga memuat naik hantaran dengan gambar tangan berdarah berserta tulisan ‘Semoga Allah ampunkan kau berdua’ di platform sama.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker