DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit

DAP sentiasa memikirkan cara terbaik bagi mencari pengaruh dari kalangan orang Melayu. Petang ini, DAP Perak akan melancarkan satu lagi cawangan di Parlimen Parit bagi menambat hati pengundi Melayu.



Menariknya, pelancaran yang akan dirasmikan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming, akan dimulakan dengan bacaan Al Quran. Acara perasmian DAP Parit itu akan dilakukan di sebuah hotel di Seri Iskandar.

DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit

Ini merupakan satu pembaharuan bagi sebuah parti yang menjunjung prinsip ‘Malaysian Malaysia’. Turut akan dihadiri Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari, majlis tersebut sudah pasti akan menarik perhatian orang Melayu untuk menyertai parti itu.

Jika melihat kepada statistik banci penduduk 2020, Parit mencatatkan seramai 60,988 orang di mana sebanyak 95.9% adalah kaum Bumiputera/Melayu, Cina 1.5%, India 2.4% manakala lain-lain kaum 0.2%.



DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit

Ini menjadikan Parlimen P069 Parit, kawasan istimewa jika DAP berjaya menang pati undi Parit pada PRU15.

Selepas menggunakan Tun Mahathir bagi menembusi kawasan pengundi Melayu, DAP telah berjaya mengembangkan pengaruh mereka dengan begitu baik.

DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit



DAP juga memperkenalkan wajah anak muda Melayu bagi menarik sokongan pengundi18.

Strategi DAP yang membawa imej ‘Islamik’ dan ‘KeMelayuan’ akan berubah mengikut tempat dan pola pengundi bagi memastikan mereka sentiasa berjaya mempromosikan parti tersebut.

Perlu diingatkan, selepas PRU14, imej DAP dalam Pakatan Harapan agak merudum apabila mereka GAGAL memenuhi manifesto yang telah dibentangkan. Kini DAP dan Pakatan Harapan perlu mengorak langkah yang lebih padu selepas Mahathir tidak lagi bersama PH.

Kehadiran DAP di Parit perlu diberikan sambutan kerana Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen.



Parti lain tidak perlu gentar atau menghalang mana-mana parti yang sah berdaftar bagi menubuhkan cawangan mereka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button