Kes bunuh, kerat mayat: Polis tahan 15 warga asing, termasuk 2 wanita
Kes bunuh, kerat mayat: Polis tahan 15 warga asing, termasuk 2 wanita

SHAH ALAM: Polis menahan 15 warganegara asing berkait kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya dikerat serta disimpan dalam bagasi sebelum ditemukan dibuang di Kilometer 447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Rawang, pertengahan bulan lalu.
Semua suspek berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun, terdiri 12 lelaki seorang wanita warga Nepal, dua warga Indonesia termasuk seorang wanita serta serta seorang lelaki warga Filipina.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, berkata berdasarkan siasatan awal, enam individu dipercayai terlibat dalam pembunuhan terbabit, namun seorang masih bebas.
“Kita sudah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh dalam masa terdekat terhadap tiga lelaki termasuk yang masih bebas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan polis terhadap kesemua suspek yang ditahan mendapati motif pembunuhan mangsa berusia 48 tahun adalah kerana dendam peribadi.

Katanya, suspek dan mangsa adalah rakan sekerja sebagai pengawal keselamatan pangsapuri di Sungai Buloh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
- Semakan Kes SRC – Bukan Najib , tetapi sistem Judisiari yang dalam perbicaraan.
- 3 calon Naib Presiden Umno popular
Katanya, mangsa dibunuh dan dikerat di sebuah bilik stor pangsapuri tempatnya bekerja oleh rakan senegara.
Media sebelum ini melaporkan mayat dipotong enam bahagian ditemui di tepi jalan Kilometer 447 Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan pada pagi 17 Januari.
Sebahagian keratan tubuh mangsa disumbat ke dalam bagasi, manakala separuh bahagian badan ditemukan di tepi jalan.
Kes bunuh, kerat mayat: Polis tahan 15 warga asing, termasuk 2 wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :