Croatia hantar Belgium pulang

AL RAYYAN: Croatia mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia selepas seri 0-0 menentang Belgium sebentar tadi, sekali gus menyingkirkan pesaing Eropah yang dibarisi ‘generasi emas’ itu.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Zlatko Dalic layak sebagai naib juara Kumpulan F di belakang Maghribi, yang menewaskan Kanada 2-1.

Kedua-dua pasukan gagal melakukan percubaan tepat sepanjang babak pertama dan Belgium membawa masuk penyerangnya, Romelu Lukaku selepas rehat.



Bagaimanapun Croatia terlebih dahulu mempunyai peluang untuk mendahului permainan menerusi Marcelo Brozovic dan Luka Modric, tetapi aksi cemerlang penjaga gol, Thibaut Courtois memastikan Belgium tidak dibolosi.

Lukaku juga mempunyai beberapa peluang keemasan termasuk rembatan yang terkena tiang dan percubaan jarak dekat yang terlalu lemah.

Croatia melebarkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan Piala Dunia kepada enam perlawanan.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button