Nahas kereta api Greece berpunca daripada kecuaian manusia

Nahas kereta api Greece berpunca daripada kecuaian manusia

Nahas kereta api Greece berpunca daripada kecuaian manusia
KYRIAKOS Mitsotakis melawat lokasi kejadian nahas kereta api di Lembah Tempi, berhampiran Larissa di Greece. – AFP

ATHENS: Faktor kecuaian manusia mungkin menjadi punca kepada nahas membabitkan dua kereta api penumpang dan kargo bertembung di Tempi, berhampiran bandar Larissa, tengah Greece.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis dalam satu perutusan disiarkan di televisyen selepas melawat lokasi kejadian.

Malah, beliau menyifatkan insiden itu sebagai `nahas kereta api paling mengerikan dalam sejarah negara’.

“Saya berjanji tragedi ini akan disiasat secara terperinci,” katanya.

Sekurang-kurangnya 43 maut dan 80 lagi cedera apabila kereta api penumpang membawa lebih 350 orang bertembung dengan sebuah kereta api kargo di Greece.

Tragedi itu menyebabkan beberapa gerabak kereta api tergelincir dari landasan termasuk beberapa yang remuk sehingga memerangkap penumpang di dalamnya.

Nahas itu berlaku selepas kereta api penumpang dalam perjalanan dari Athens ke Thessalonoki, bertembung dengan kereta api kargo dari Thessaloniki ke Larissa.

Dilaporkan, Menteri Pengangkutan Greece, Kostas Karamanlis meletak jawatan beberapa jam selepas nahas itu berlaku.

“Apabila sesuatu tragedi terjadi, kami tidak boleh menganggap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, ketua stesen bandar Larissa ditahan beberapa jam selepas nahas itu.

Lelaki berusia 59 tahun itu didakwa atas pertuduhan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Kerajaan Greece mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan nahas kereta api itu.

Sementara itu, jabatan bomba Greece memaklumkan, seramai 57 mangsa masih sedang menerima rawatan di hospital termasuk enam di unit rawatan rapi (ICU). – AFP/AGENSI

Pengawal pantai Greece lepas tembakan amaran ke arah kapal Turki

Nahas kereta api Greece berpunca daripada kecuaian manusia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker