NO ENTRY! Jangan Suka Hati Je Masuk Bilik Tidur Suami Isteri

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mengalami situasi orang luar atau tetamu yang datang ke rumah suka ‘ceroboh’ masuk bilik tidur bukan? Kalau dah bilik tidur semasa bujang pun kita dah mengamuk, inikan pula bilik tidur suami isteri masih dicerobohi, makin mengamuklah kita!

Penting untuk anda tahu tentang adab yang dituntut khususnya dalam Islam bagi menjaga privasi dan aib setiap pasangan berkahwin apabila berkunjung ke rumah mereka.

Tak kisah sama ada anda merupakan mak ayah atau saudara dekat, isu suka-suka hati masuk ke ruang privasi ini harus dipelajari kerana di sinilah tersimpan banyak rahsia. Apakah rahsia tersebut?

NO ENTRY! BILIK TIDUR SUAMI ISTERI SIMPAN BANYAK RAHSIA!

Tahukah anda bahawa kamar tidur atau bilik tidur bagi pasangan suami isteri mempunyai banyak ‘rahsia’? Mungkin ramai khususnya yang belum berkahwin tidak tahu apakah rahsia tersebut tetapi inilah tempat paling sensitif untuk pasangan suami isteri.

Hal ini kerana, bilik tidur suami isteri merupakan tempat istirehat setelah penat seharian bekerja. Jadi, sangat penting supaya suasana bilik menjadi tempat yang aman dan selesa untuk melandaikan badan yang dah letih. Mesti tak nak serabut-serabut orang berkumpul dalam bilik pula kan?

Bukan itu sahaja, menurut Pakar Motivasi & Perunding Keluarga, Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah turut berpesan bahawa bilik tidur merupakan kawasan larangan ‘NO ENTRY’ buat orang luar selain suami isteri tersebut. Di bilik inilah menjadi tempat pertemuan pasangan untuk solat jemaah, membaca Al-Quran, bersembang serta melakukan hubungan intim.

Penting juga bagi tetamu yang hadir ke rumah pasangan suami isteri ini untuk tidak menerjah bilik dengan sesuka hati. Eloklah menggunakan bilik lain yang ada dalam rumah tersebut dan sudah pasti, tuan rumah pun haruslah menyediakan kawasan lain untuk digunakan tetamu.

Hukum memasuki bilik tidur tuan rumah dengan sesuka hati adalah HARAM, malah turut diaplikasikan kepada ruang rumah lain yang digunakan tanpa meminta izin. Risau pula bila ada yang suka hati masuk ke bilik, dapat melihat segala pakaian milik isteri serta barang privasi yang digunakan sebagai suami isteri.

MACAM MANA NAK JAGA RUANGAN BILIK SUPAYA BERSIH DAN TENANG?

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian supaya mempunyai bilik tidur yang bersih, tenang dan selesa. Bila buat tips ini barulah tempat tidur tersebut akan mewujudkan hubungan berkualiti bersama pasangan.

1. Pastikan tiada sampah bertebaran diatas lantai, sarang lelabah di siling.

2. Pastikan juga bilik tidur tidak berbau.

3. Boleh gunakan alat-alat aromaterapi untuk menyahkan bau yang kurang menyenangkan.

4. Di samping wangian lain, dicadangkan anda menggunakan bauan lavender untuk pewangi bilik.

5. Jangan biarkan kain baju bergayutan di dinding, belakang pintu bilik dan digantung merata-rata.

6. Susun dan lipat pakaian didalam almari dengan kemas.

7. Meja solek juga perlu kemas dan rapi.

8. Jangan biarkan meja solek berdebu dengan bedak.

9. Susun botol-botol kosmetik dengan kemas dan jangan biarkan botol-botol dan bekas kosmetik yang tidak digunakan berlonggok diatas meja.

10. Cermin meja solek perlulah dilap apabila perlu.

11. Bilik air di bilik tidur juga perlu dibersihkan selalu supaya bau yang kurang enak dibilik air tidak meresap masuk kebilik tidur.

12. Jika bilik tidur di hapkan dengan permaidani, sekurang-kurangnya seminggu sekali permaidani ini perlu diketuk di luar rumah untuk membuang debu yang terperangkap dan dijemur di panas matahari.

13. Sebaik-baiknya enam bulan sekali kedudukan perabut di dalam bilik ditukar.

14. Jika boleh semasa merancang membeli rumah, pastikan kedudukan ruang solat tidak mengadap pintu bilik air.

Banyak kelebihan bagi isteri jika perkara bilik tidur ini diberikan perhatian wajar. Antaranya, suami anda mungkin tidak pernah bersungut tentang kebersihan dan kerapian, tetapi semua ini disimpan di dalam hati suami yang mungkin malas untuk membuat teguran.

Jika bilik tidur sebagai tempat istirehat suami tetapi ada kalanya serupa sarang burung, maka berkemungkinan suami akan mencari bilik tidur yang lebih selesa di luar tanpa pengetahuan isteri. Aish risau!

Maka, berikan aroma dan aura yang menawan dan menyenangkan kerana ini mencerminkan keprihatinan isteri terhadap kebajikan suaminya.

Sumber: Arjuna, Asianparent

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker