Pihak berkepentingan digesa tingkatkan usaha mitigasi
Pihak berkepentingan digesa tingkatkan usaha mitigasi

JAKARTA: Kementerian Penyelaras Pembangunan Manusia dan Hal Ehwal Kebudayaan Indonesia menggesa semua pihak berkepentingan untuk mempertingkatkan usaha-usaha mitigasi terhadap banjir dan tanah runtuh di negara itu.
Timbalan penyelarasan pembangunan wilayah dan mitigasi bencana di bawah kementerian, Sudirman berkata, gesaan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan intensiti hujan yang berlaku di negara itu.
“Jadi, mitigasi menjadi langkah penting untuk mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh.
Jelas beliau, wujudnya kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya bencana hidrometeorologi termasuk banjir dan tanah runtuh susulan peningkatan intensiti hujan.
Menurutnya, bencana hidrometeorologi berpunca daripada dinamik air termasuk taburan hujan yang tinggi.
“Justeru, fenomena intensiti hujan dan cuaca ekstrem yang berlaku akhir ini perlu ditangani dengan usaha mitigasi.
“Kita juga perlu meningkatkan kesiapsiagaan semua pihak berkepentingan termasuk penduduk,” katanya. mengenai cara menghadapi bencana dan langkah-langkah mitigasi.
Pihak berkepentingan digesa tingkatkan usaha mitigasi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :