Harimau Malaya dipintas Indonesia

 

Oleh Razak Hasan

Harimau Malaya dipintas Indonesia
HARIMAU Malaya jatuh enam anam tangga untuk berada di kedudukan 138 dunia

Dua kekalahan kepada Oman menyaksikan kedudukan ranking dunia Harimau Malaya jatuh enam anak tangga, terperosok ke kedudukan 138 berbanding 132 sebelum ini.

Kedudukan terkini menyaksikan Harimau Malaya juga dipintas oleh Indonesia yang muncul pasukan terbaik pada kemaskini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.



Indonesia mengutip 30.04 mata untuk mendaki lapan anak tangga.

Skuad negara kini mengumpul 1094.54 mata keseluruhan manakala Indonesia meraih 1102.7 mata.

Harimau Malaya juga kini terpaksa berpuas hati dengan status pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara menyaksikan Thailand (101) dan Vietnam (115) terus unggul sebagai dua pasukan terbaik.

Harimau Malaya berpeluang untuk memperbaiki kedudukan itu apabila bakal melengkapkan dua lagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2027, Jun ini. – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading