Ini amaran terakhir, jangan lagi pakai bikini di Pulau Besar – JAIM

Ini amaran terakhir, jangan lagi pakai bikini di Pulau Besar – JAIM

Ini amaran terakhir, jangan lagi pakai bikini di Pulau Besar - JAIM
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan pelancong berbikini di Pulau Besar. – Foto tular

MELAKA: “Ini adalah yang pertama dan terakhir, jangan ulangi lagi (memakai pakaian mencolok mata) dan kami tidak akan berkompromi,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat.

Beliau menegaskan demikian ketika mengulas video tular sekumpulan pelancong warga asing berkelah sambil bermandi-manda di Pulau Besar dengan hanya mengenakan bikini tanpa mempedulikan pengunjung dan masyarakat beragama Islam di situ, pada 25 Disember lalu.

Menyifatkan tindakan itu sebagai mencemar imej dan kesucian pulau berkenaan, Che Sukri berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan mengadakan mesyuarat khas Selasa depan bersama beberapa agensi berkaitan bagi membincangkan isu pelancong bukan Muslim yang melakukan sebarang aktiviti bertentangan ajaran dan budaya masyarakat Islam di negeri ini.

“Kita akan adakan mesyuarat khas dengan Polis Diraja Malaysia, (PDRM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka (MPPM) serta beberapa lagi agensi lain berkaitan.

“Mesyuarat itu bakal membincangkan apakah tindakan terbaik boleh diambil terhadap pelancong asing yang merosakkan imej serta kesucian Pulau Besar ini yang selama ini dihormati dengan nilai-nilai sejarah bermulanya tamadun Islam,” katanya selepas mengetuai operasi cegah maksiat sempena Ambang Tahun Baru 2023 di Alor Gajah, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Berdasarkan rakaman berdurasi hampir tiga minit, kelihatan sekumpulan pelancong wanita warga asing dipercayai bukan Islam memakai bikini untuk bermandi-manda dan berkeliaran di pantai pulau itu berkeluasan kira-kira 168 hektar dan terletak kira-kira 15km dari pusat bandar.

Mengulas lanjut Che Sukri berkata, JAIM tidak boleh mengambil tindakan terhadap pelancong yang berpakaian menjolok mata dalam insiden itu kerana Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 hanya terpakai untuk orang Islam.

Sehubungan itu katanya, JAIM akan mengambil langkah proaktif seperti mencadangkan MBMB untuk memasang lebih banyak papan tanda mengingatkan pelancong agar sentiasa berpakaian sopan dan tidak melakukan aktiviti bertentangan ajaran Islam di pulau terbabit.

“Mungkin ada pelancong tidak tahu sejarah Islam di Pulau Besar, jadi kita juga berharap Rakan Setia Bersama JAIM, pengusaha bot dan penginapan di sini sama-sama membantu pihak berkuasa.

“Misalnya mereka boleh menasihati pelancong agar menjaga tingkah laku, cara berpakaian serta tidak melakukan aktiviti menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk membawa arak,” katanya.

Restoran pandu lalu geng plastik hitam

Ini amaran terakhir, jangan lagi pakai bikini di Pulau Besar – JAIM

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker