Orang Hanya Suka Betta Fish Tanpa Tahu Itu Ayda Jebat [VIDEO]

Sedih Bila Peminat Benci Selepas Tahu Siapa Penyanyi Sebenar

Orang Hanya Suka Betta Fish Tanpa Tahu Itu Ayda Jebat

Orang Hanya Suka Betta Fish Tanpa Tahu Itu Ayda Jebat

“Kadang baru aku sedar pakai topeng lagi ramai menyukai diri kita..Kerana Kita Akan Mehiburkan Orang Tanpa Siapa Tahu Diri Kita..” – keluh netizen

Ramai yang beranggapan selebriti berbadan kenit Ayda Jebat mungkin dianggap sebagai penyanyi “suam-suam suka” sahaja di dalam industri hiburan tempatan. Hal yang demikian kerana dikatakan masih ada sesetangah pihak yang tidak senang dengan personaliti selebriti itu.

Menurut sebuah laman portal, Ayda pernah mengulas lanjut mengenai pengalaman beliau yang pernah menerima komen peminat dilaman sosialnya yang mengakui membenci personalitinya namun amat menyukai lagu nyanyiannya.



Baru-baru ini, Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Memuat naik video di laman TikTokAyda berkongsi dengan pengikutnya perjalanan sepanjang menyertai program berkenaan sehingga berjaya diangkat sebagai juara.

@aydajebat

Hi… sayang Betta Fish kan? Benci Ayda Jebat takpe. 🥹 #AydaJebat #BettaFish #TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMalaysia3



♬ Get You The Moon – Kina

Orang Hanya Suka Betta Fish Tanpa Tahu Itu Ayda Jebat

VIA TikTok

Namun, di dalam perkongsiannya itu  Ayda turut berkongsi perasaan sedih dan gembira setelah berhempas pulas dalam menjayakan misi dalam program berkenaan namun masih ada yang tidak berpuas hati dan terkejut apabila mengetahui bahawa dirinya itu adalah penyanyi sebenar figura Ikan Betta.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan apa yang dirasakan oleh penyanyi kesayangan mereka itu, serta memberi kata-kata semangat untuk tetap berjuang dalam industri seni tanah air ini.

Sedih Bila Peminat Benci Selepas Tahu Siapa Penyanyi Sebenar
VIA TikTok
Sedih Bila Peminat Benci Selepas Tahu Siapa Penyanyi Sebenar
VIA TikTok

Membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta ft Sia, Betta Fish berjaya menewaskan empat maskot lain. Manakala untuk segmen kedua duet bersama artis jemputan pula, Betta menyampaikan lagu berjudul Salam Terakhir bersama Marsha Milan.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.

Murai My juga ingin mengucapkan segulung tahniah kepada Ayda kerana telah menjuarai The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).



 

Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

Sedih Bila Peminat Benci Selepas Tahu Siapa Penyanyi Sebenar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button