Kes demam denggi di Singapura melepasi 10,000

SINGAPURA, 10 Jun  — Kes jangkitan demam denggi di Singapura melepasi angka 10,000 – jumlah tertinggi dalam tempoh lima bulan pertama sejak 2013 dan wabak terbesar direkodkan di negara ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), pada 2013 seramai 22,170 orang dijangkiti dan lapan meninggal dunia akibat denggi. Setakat tahun ini seramai 12 orang maut.

Terdapat 190 kluster denggi aktif, terbesar di kawasan Woodleigh dengan 200 orang dijangkiti.

NEA memberi amaran cuaca panas dan lembab sangat sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes, keadaan ini mungkin berlarutan sehingga Oktober.



Agensi itu merancang membekalkan lebih 300,000 botol penghalau nyamuk  untuk diedarkan kepada pesakit di hospital.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker