Pemandu cemas kereta dipandu dihempap pokok tumbang

Pemandu cemas kereta dipandu dihempap pokok tumbang

Pemandu cemas kereta dipandu dihempap pokok tumbang
Keadaan kereta dipandu Mohd Shafiq yang dihempap pokok tumbang di Jalan Ulu Tiram Kota Tinggi malam ini.

KOTA TINGGI: Seorang lelaki menempuh detik cemas, apabila sebatang pokok tumbang menghempap kereta ketika sedang memandu di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, berhampiran Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), malam ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam, ketika Mohd Shafiq Ahmad, 27, dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Saujana di sini, menuju ke Pandan, Johor Bahru.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandu dengan kelajuan sederhana dalam keadaan hujan renyai.

“Secara tiba-tiba sahaja saya ternampak dahan pokok besar jatuh ke atas bumbung kereta membuat saya tergamam dan tidak dapat mengelak.

“Bagaimanapun, pintu di bahagian pemandu tidak boleh dibuka kerana dihempap dahan yang berat dan terpaksa keluar dari pintu belakang.

Jurugambar NSTP yang baharu selesai membuat liputan banjir di Kota Tinggi turut terperangkap dalam kejadian itu.

Kerja-kerja memotong serta mengalihkan pokok berkenaan giat dijalankan konsesi jalan raya, selain pengguna jalan raya yang terkandas juga turut sama membantu membersihkan serpihan pokok tumbang bagi mempercepatkan laluan dibuka.

Ambulans juga turut bersiap sedia di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Laluan berkenaan dibuka semula kira-kira jam 8.50 malam tadi selepas keseluruhan pokok itu berjaya dialihkan.

Penunggang motosikal maut, rakan parah dihempap pokok tumbang di Seremban

Pemandu cemas kereta dipandu dihempap pokok tumbang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker