‘Pemandu kereta polis disaman Polis Trafik kerana memandu cuai’

‘Pemandu kereta polis disaman Polis Trafik kerana memandu cuai’

'Pemandu kereta polis disaman Polis Trafik kerana memandu cuai'

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis disaman kerana cuai ketika membuat pusingan U sehingga menyebabkan kereta pasukan yang dipandunya, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain pada 28 Februari lalu.

Kejadian berlaku di Jalan PJS 3/9 Petaling Jaya, ketika anggota terbabit sedang dalam tugas rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan kejadian itu diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 12.18 tengah hari.



“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Honda Civic dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan PJS 3/9.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pasukan yang dipandu di lorong kiri dari dua lorong jalan itu membelok ke kanan untuk membuat pusingan U.

“Tindakan itu menyebabkan Perodua Myvi yang berada di lorong kanan jalan tidak sempat mengelak lalu terlanggar sebelah sisi kanan kenderaan polis terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan kejadian itu, katanya satu kertas siasatan dibuka dan tindakan saman dikeluarkan kepada pemandu kereta polis berkenaan atas kecuaiannya semasa memandu.



Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video membabitkan kemalangan berkenaan.

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat, kelihatan kenderaan polis itu tiba-tiba membuat pusingan U di jalan dua hala dan bukannya di laluan yang dikhaskan untuk pusingan U.

Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

‘Pemandu kereta polis disaman Polis Trafik kerana memandu cuai’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker