‘Syarikat jubin’ seleweng diesel subsidi diserbu

‘Syarikat jubin’ seleweng diesel subsidi diserbu

'Syarikat jubin' seleweng diesel subsidi diserbu
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail ketika sidang media berhubung kes menyeleweng diesel subsidi di premis jubin di Kawasan Perindustrian Sri Rapat, malam tadi. – Foto BERNAMA

IPOH: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama kira-kira 8,000 liter minyak diesel bersubsidi dan barangan lain bernilai lebih RM120,000 dalam satu serbuan, di sini, petang semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata ketiga-tiga suspek ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang berselindung di sebalik kedai jubin di Kawasan Perindustrian Sri Rapat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan 83 unit tangki segi empat, dua lori lima tan bertutup kanvas, tiga mesin penyedut atau pam dan anggaran sebanyak 8,000 liter minyak disyaki diesel di lokasi berkenaan.

“Kesemua barang yang dijumpai telah disita dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM121,425,” katanya pada sidang media di premis berkenaan, di sini.

Kamalludin berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan dua lori yang diubah suai tangki asal dan kemudian membeli diesel di stesen minyak sekitar Ipoh.

“Dua lori ini kemudian akan ke satu lokasi di kawasan perindustrian di sini untuk memindahkan dan menyimpan minyak disyaki diesel itu di premis yang berselindung dengan papan tanda perniagaan menjual jubin bagi mengaburi pihak berkuasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kita mengesyaki mereka menjual kepada pihak industri dengan harga lebih murah daripada pasaran. Jadi, berlaku ketirisan subsidi diesel di situ,” katanya.

Sejak Januari sebanyak 12,127 pemeriksaan telah dilakukan dan telah menghasilkan 22 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan terkumpul termasuk hari ini adalah sebanyak lebih RM1.82 juta. – BERNAMA

 

Cubaan seleweng minyak diesel tumpas

 

‘Syarikat jubin’ seleweng diesel subsidi diserbu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker