Kelibat Hojbjerg dalam radar Manchester United

Kelibat Hojbjerg dalam radar Manchester United

Kelibat Hojbjerg dalam radar Manchester United
HOJBJERG tidak berada dalam perancangan Spurs untuk musim ini menyebabkan United mencuba nasib mendapatkan khidmatnya. – AFP

LONDON – Manchester United dilaporkan sedang membuat pertimbangan untuk melakukan perpindahan mengejut mendapatkan khidmat pemain tengah Tottenham Hotspur, Pierre-Emile Hojbjerg.

Pengendali Spurs, Ange Postecoglou dilaporkan tidak meletakkan Hojbjerg dalam perancangannya menyebabkan kelab itu sedia menjual pemain berkenaan sekali gus membuka peluang buat United.

Pada awal musim panas lalu, Atletico Madrid dilaporkan sudah mengemukakan tawaran sebanyak £30 juta (RM175.59 juta) dan diterima oleh Spurs, namun perpindahan itu gagal direalisasikan selepas Hojbjerg tidak bersetuju dengan terma peribadi diberikan.



Pemain antarabangsa Denmark itu juga menolak peluang beraksi di Liga Arab Saudi biarpun menerima tawaran lumayan dengan pakej gaji sebanyak £45 juta (RM263.39 juta) selepas cukai.

United sebelum ini kuat dikaitkan dengan perpindahan pemain Fiorentina, Sofyan Amrabat, tetapi progres rundingan tersebut dilihat terlalu perlahan dan sehingga kini difahamkan United masih belum mengemukakan bidaan rasmi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?


Kesukaran United untuk mendapatkan pemain ketika ini adalah berpunca daripada kekangan Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang memerlukan mereka menjual terlebih dahulu beberapa pemain sebelum mendapatkan pemain baharu.

Skuad kendalian Erik Ten Hag memerlukan tambahan pemain di bahagian tengah apabila mereka dilihat berdepan masalah di posisi berkenaan terutama masalah kecederaan hamstring yang dialami pemain baharunya, Mason Mount. – AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker