Thaksin mohon pengampunan diraja

Thaksin mohon pengampunan diraja

Thaksin mohon pengampunan diraja
THAKSIN Shinawatra ketika tiba di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkkok, pada 31 Ogos lalu. FOTO AFP

Bangkok: Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang kini menjalani hukuman penjara lapan tahun mengemukakan permohonan pengampunan diraja, kata Menteri Kehakiman, Wissanu Krea-ngam.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut sama ada permohonan itu ditulis oleh Thaksin atau keluarganya.

“Kami menerima (permintaan), selebihnya akan mengikut prosedur,” katanya dipetik oleh Bangkok Post.

Beliau berkata, tempoh proses itu bergantung kepada pertimbangan Raja.

Pegawai itu berkata, proses itu mungkin mengambil masa antara satu hingga dua bulan, bergantung kepada jumlah dokumen dikemukakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti


Perdana menteri akan mengemukakan permohonan itu kepada majlis privy untuk mendapatkan cadangan dan akhirnya akan diserahkan kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Thaksin, 74, kembali ke Thailand pada 22 Ogos selepas 15 tahun hidup dalam buangan.

Pada hari sama, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas bekas perdana menteri itu atas tuduhan rasuah.

Pada hari pertama di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok, beliau dimasukkan ke Police General Hospital kerana masalah kesihatan selepas mengadu sakit dada, darah tinggi, tahap oksigen dalam darah yang rendah dan insomnia.

Pegawai perubatan penjara berkata, Thaksin memerlukan pemantauan rapi.

Awal minggu ini, kumpulan anti-Thaksin membuat aduan kepada Jabatan Pemulihan yang menentang percubaan Thaksin untuk mendapatkan pengampunan diraja dengan alasan bahawa tidak sepatutnya ada pengampunan bagi kes rasuah kerana ia merosakkan tadbir urus dan reputasi negara.

Kepulangan Thaksin berlaku hanya beberapa jam sebelum Srettha Thavisin dari Parti Pheu Thai memenangi undi di Parlimen untuk menjadi perdana menteri Thailand.

Parti Pheu Thai yang disokong Thaksin membentuk kerajaan campuran dengan 11 parti lain, termasuk dua pesaing, Palang Pracharath Party (PPRP) dan United Thai Nation (UTN) yang ada hubungan dengan tentera.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa perjanjian dibuat untuk mengurangkan hukuman penjara ke atas Thaksin.

Thaksin mohon pengampunan diraja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker