Payudara Boleh Keluar Susu, Millendaru Belum ‘Tukar’ Alat Kelamin Jadi Wanita

Umum mengetahui selebriti media sosial, Millendaru atau Millen Cyrus merupakan seorang transgender. Menerusi laporan Insertive, anak saudara Ashanty ini mengaku dia boleh menyusukan anak menerusi payudara ‘buatannya’.

Boleh keluar susu

 

Payudara saya boleh keluar susu. Saya tak pernah kongsi cerita ini dimana-manapun.

Menurut Millendaru, dia mendakwa doktor mengatakan payudaranya boleh mengeluarkan susu kerana pengaruh hormon. Hal tersebut, membuatkan dirinya berasa pembedahan yang dilakukan telah berhasil.

Cuma saya perlu makan hormon. Kalau makan banyak baru boleh keluar susu. Susu yang keluar warnanya putih dan telah diperiksa oleh doktor.

Disebabkan itu, Millendaru mengaku dia boleh memberi susu kepada anak orang.

Susu yang saya ada boleh menyusui anak orang.

Walaupun payudara boleh berfungsi dengan baik, Millendaru berkata dia tidak akan menukar alat kelaminnya kepada perempuan.

Sumber: Insertive

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker