Potter lega Chelsea menang

London: Graham Potter memuji karakter Chelsea ketika pasukan bimbingannya yang sedang bergelut meredakan tekanannya dengan kemenangan 1-0 menentang Leeds, awal pagi tadi.

Tandukan Wesley Fofana pada minit ke-53 dari sepakan sudut Ben Chilwell menyaksikan Chelsea hanya meraih kemenangan ketiga dalam 16 perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan.

Ia adalah gol pertama Chelsea dalam 396 minit dan hanya gol kedua mereka dalam tujuh perlawanan di semua pertandingan untuk menduduki tempat ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Potter menunggu selama 48 hari untuk melihat pasukannya menjaringkan gol di Stamford Bridge, satu tempoh yang menyaksikan bos The Blues itu mendapat kecaman berterusan.

Penyokong Chelsea menggesa agar beliau dipecat selain dirinya serta keluarga menerima ancaman bunuh.

“Pemain memberikan segala-galanya. Kami beraksi menentang salah satu pasukan terbaik di liga. Jika tidak konsisten, ia akan memberi cabaran kepada kami.

“Tapi mereka kekal fokus. Sokongan daripada penyokong amat hebat dan mereka mahu kami beraksi dengan baik. Mereka mahu kami meraih kemenangan dengan lebih selesa dan itu juga matlamat kami. Tapi sebaik masuk ke padang, ia bukan mudah untuk dilakukan.

“Apapun ia memberi motivasi kepada pemain atas kemenangan ini dan saya juga merasai semangat itu,” kata Potter.

Menamatkan tiga kekalahan berturut-turut memberikan Potter sedikit ruang bernafas menjelang pertemuan Chelsea menentang Borussia Dortmund pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas tewas 0-1 pada aksi pertama.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker