Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Di Bulan Syaaban

Sebelum menyambut bulan Ramadan, umat Islam ‘bertemu’ dahulu dengan bulan Syaaban di mana bulan yang penuh kemuliaan. Pada bulan ini, rata-rata kita akan mengejar kebaikan dan melakukan amalan sunat kerana bulan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding bulan-bulan lain.

Sebelum menyambut bulan Ramadan, umat Islam ‘bertemu’ dahulu dengan bulan Syaaban di mana bulan yang penuh kemuliaan. Pada bulan ini, rata-rata kita akan mengejar kebaikan dan melakukan amalan sunat kerana bulan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding bulan-bulan lain.



KELEBIHAN BULAN SYAABAN & AMALAN SUNAT YANG BOLEH DILAKUKAN

Sebelum menyambut bulan Ramadan, umat Islam ‘bertemu’ dahulu dengan bulan Syaaban di mana bulan yang penuh kemuliaan. Pada bulan ini, rata-rata kita akan mengejar kebaikan dan melakukan amalan sunat kerana bulan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding bulan-bulan lain.

Buat anda yang tak tahu apa kelebihan bulan Syaaban dan amalan sunat yang boleh dilakukan, kami kongsikan penerangan lanjut agar pembaca turut mendapat kebaikan dan ganjaran pahala dalam bulan ini.

KELEBIHAN BULAN SYAABAN & AMALAN SUNAT YANG BOLEH DILAKUKAN

 

1. PUASA SUNAT ISNIN KHAMIS 



Selain merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW berkenaan puasa Isnin Khamis, terdapat kelebihan lain iaitu kedua-dua hari tersebut berlakunya pembentangan amalan di hadapan Allah SWT. Allahu Akbar.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” (HR Tirmizi, hadis hasan gharib)



NIAT PUASA ISNIN KHAMIS

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ / الْخَمِيسِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Isnin / Khamis kerana Allah Taala.”



2. PUASA SUNAT HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH) 

Disunatkan juga untuk beramal dengan puasa hari putih yang dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan setiap bulan Islam (Hijriyyah).

Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. SubhanAllah, sungguh besar gandaan pahala yang Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:



كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)

NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى



Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.” 

3. PUASA NABI DAUD A.S. 

Kaedah puasa Nabi Daud a.s. dilakukan secara selang-seli iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa. Ia merupakan puasa yang terbaik dan dicintai Allah SWT.

Abdullah bin Amar r.a. berkata, Rasulullah SAW berkata kepadaku:

أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى اللهِ صَلَاةُ دَاوُدَ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ

Maksudnya: “Puasa yang paling disukai oleh Allah SWT ialah puasa Nabi Daud. Baginda berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari. Dan solat yang paling disukai oleh Allah SWT ialah solat Nabi Saud. Baginda tidur pada pertengahan malam, ibadah pada satu pertiga malam dan tidur pada satu perenam malam yang berbaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)

NIAT PUASA NABI DAUD A.S.

نَوَيْتُ صَوْمَ دَاوُدَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat Daud kerana Allah Taala.” 

Walau bagaimanapun, apabila kita melakukan puasa Nabi Daud a.s., akan timbul persoalan berkenaan untuk amalkan puasa sunat yang lain seperti Isnin Khamis, hari Putih, Asyura dan Arafah.

Secara mudahnya, dapat difahami bahawa Isnin puasa, Selasa tidak puasa, Rabu puasa, Khamis tidak puasa, Jumaat puasa, Sabtu tidak puasa, Ahad puasa, Isnin tidak puasa dan seterusnya.

Sheikh al-Islam Zakariyya al-Ansari menjelaskan berkenaan puasa Nabi Daud a.s. bahawa:

“Jika hari yang tidak berpuasa (puasa Nabi Daud a.s.), kemudian jatuhnya pada hari itu, disunnahkan untuk berpuasa seperti hari Arafah dan Asyura, yang utama ialah melakukan juga puasa pada hari tersebut. Ia tidaklah menghalang kelebihan berpuasa cara Nabi Daud a.s.” 

Sehubungan dengan itu, kita boleh menggabungkan puasa-puasa sunat seperti yang dicadangkan berikut:

  • Isnin – 6 Sya’ban , 27 Feb – puasa sunat Isnin & nabi Daud
  • Rabu – 8 Sya’ban, 1 Mac – puasa nabi Daud
  • Khamis – 9 Sya’ban, 2 Mac – puasa sunat Khamis
  • Jumaat – 10 Sya’ban, 3 Mac – puasa nabi daud
  • Ahad – 12 Sya’ban, 5 Mac – puasa nabi Daud
  • Isnin – 13 Sya’ban, 6 Mac – puasa sunat Isnin & hari putih
  • Selasa – 14 Sya’ban, 7 Mac – puasa hari putih & nabi Daud
  • Rabu – 15 Sya’ban, 8 Mac – puasa hari putih
  • Khamis – 16 Sya’ban, 9 Mac – puasa hari Khamis & nabi Daud
  • Sabtu – 18 Sya’ban , 11 Mac – Puasa nabi Daud
  • Isnin – 20 Sya’ban, 13 Mac – Puasa sunat Isnin & nabi Daud
  • Rabu – 22 Sya’ban, 15 Mac – Puasa nabi Daud
  • Khamis – 23 Sya’ban, 16 Mac – Puasa sunat Khamis
  • Jumaat – 24 Sya’ban, 17 Mac – Puasa nabi Daud
  • Ahad – 26 Sya’ban, 19 Mac – Puasa nabi Daud
  • Isnin – 27 Sya’ban, 20 Mac, Puasa sunat Isnin

Sesungguhnya ini adalah kesempatan emas buat kita untuk menyucikan dan perbaiki diri sebelum menyambut bulan Ramadan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang dijanjikan syurga ar-Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa. InsyaAllah.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button