Mahathir Sudah Jual, Bila SPRM Nak Beli?

Mahathir Sudah Jual, Bila SPRM Nak Beli

Mahathir Sudah Jual, Bila SPRM Nak Beli?

Seperti yang diduga, bila SPRM ambil tindakan menyita Menara Ilham kepunyaan Daim Zainuddin dan keluarga, manusia yang paling kepanasan adalah Dr Mahathir.

Ada sebabnya Dr Mahathir kepanasan dan rasa tidak puas hati dengan tindakan SPRM.

Pertama, sebab Daim Zainuddin memang dikenali sebagai blood brother Dr Mahathir dalam dunia AMLA.

Bila dah blood brother, faham-faham sajalah, banyak rahsia yang dikongsi bersama yang tidak boleh didedahkan di luar dunia AMLA.

Yang kedua, bila Daim Zainuddin disiasat nanti, tidak dapat tidak, pasti banyak rahsia-rahsia AMLA mereka berdua akan terdedah.

Pasti ini akan menggugat kedudukan Dr Mahathir sebagai Presiden AMLA Malaysia.

Terkini dalam hantaran beliau di akaun Facebook, Dr Mahathir konon-kononnya menyindir pedas tindakan SPRM ke atas Daim Zainuddin.

Dr Mahathir mahu supaya semua yang bergelar Tun di Malaysia disiasat oleh SPRM, termasuk dirinya.

“Saya bersetuju sepenuhnya bahawa Tun perlu disiasat”.

“Jika mereka tidak dapat menjelaskan di mana atau bagaimana mereka mendapat wang itu, harta mereka harus disita”.

“Tidak perlu mendapatkan bukti dokumentari tentang salah laku mereka”.

“Syak wasangka sahaja sudah memadai”.

“Tun bukan sahaja perlu disiasat”.

“Mereka juga perlu direman sehingga mereka mendedahkan sumber wang mereka”.

“Jika mereka tidak berbuat demikian, ia pasti kerana mereka mahu menyembunyikannya,” sindir Dr Mahathir.

Jelas Dr Mahathir sudah menjual, jadi apa lagi yang SPRM tunggu?

Ada maklumat yang katakan sekarang ini aktiviti menukar nama aset-aset di luar negara sedang rancak dilakukan.

Siapa dan negara mana, kena tanya sama itu hud hud.

Tapi itu depa katalah, bukan penulis kata, betul atau tidak penulis tidak pasti sebab depa yang kata.

Cuma penulis nak cadangkan kepada SPRM, jangan hanya siasat Tun Tun di Malaysia.

Siasat juga anak isteri Tun Tun di Malaysia dan jangan dilupakan juga Tan Sri Tan Sri.

Mahathir Sudah Jual, Bila SPRM Nak Beli?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker