Cristiano Ronaldo Hiburkan Kanak-Kanak Lelaki Kematian Bapa Dalam Gempa Bumi Syria

Bintang bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo dilihat memeluk seorang kanak-kanak lelaki yang kehilangan bapanya akibat daripada gempa bumi di Syria baru-baru ini.

Peminat cilik

Menerusi laporan Daily Mirror, kanak-kanak lelaki yang diberi nama Nabil itu dijemput ke Arab Saudi. Hasratnya yang diceritakan kepada pasukan penyelamat mangsa gempa bumi untuk melihat Ronaldo bermain dengan kelab baharunya akhirnya menjadi kenyataan.



Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi, Turki Alalshikh meminta bantuan untuk mengenal pasti anak kecil itu di media sosial.

Hasrat tercapai

Difahamkan, Nabil menyatakan bahawa dia ingin ke Arab Saudi dengan ibu bapanya. Hal ini dimaklumkan dalam keadaannya yang penuh beremosi.

Walau bagaimanapun, Nabil hanya ditemani ibunya ketika menghadiri perlawanan bola sepak antara Al-Nassr dan Al-Batin di Stadium Marsool Park.



Mereka bertemu selepas perlawanan antara dua pasukan tersebut. Ronaldo dilihat cuba untuk menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan berbual dan memberi pelukan buatnya.

Susulan daripada itu, Nabil yang hanya berusia 10 tahun itu meluahkan rasa terharu apabila dapat berada di Arab Saudi dan bertemu idolnya, Cristiano Ronaldo sehingga sempat memberitahu bahawa dia menyanyanginya.

Sumber: Mirror Daily



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button