Villarreal kejutkan Bayern Munich

VILA-REAL, Sepanyol: Villarreal menang mengejut 1-0 mengatasi Bayern Munich sebentar tadi apabila gol Arnaut Danjuma menambah harapan pasukan Sepanyol itu melepasi halangan suku akhir Liga Juara-Juara.

Danjuma meledak ke gawang hasil hantaran Dani Parejo pada minit kelapan di La Ceramica bagi memberikan kemenangan mengejut dengan Bayern bernasib baik tidak melepaskan lebih banyak gol menjelang perlawanan kedua di Jerman minggu depan.

Cubaan Gerard Moreno turut terkena palang dan dia kemudian melencongkan bola sedikit tersasar selepas penjaga gol Bayern, Manuel Neuer cuba mengeluarkan bola.

“Kami menghasilkan persembahan hebat dan secara jujur kami sepatutnya menang lebih banyak,” kata pemain Villarreal, Giovani Lo Celso.



“Kami jauh lebih baik daripada Bayern malam ini,” kata Dani Parejo. “Kami menewaskan satu daripada pasukan terbaik dunia.”

Juara Eropah enam kali kendalian Julian Nagelsmann bagaimanapun masih kekal sebagai pilihan utama untuk menukar defisit dekat Allianz Arena tetapi Villarreal menunjukkan sekali lagi bahawa mereka tidak boleh dipandang ringan selepas menyingkirkan Juventus pada kelompok 16 terakhir.

“Ia kekalahan yang kami perlu terima, kami tidak bagus,” kata Nagelsmann. “Pada babak pertama kami hanya ada sedikit kekuatan, kami tidak mencipta peluang dan kami hilang kawalan.”

Skuad kendalian Unai Emery dilihat sebagai lawan paling mudah dalam undian bulan lalu dengan hanya Benfica mungkin berada lebih bawah daripada mereka dalam senarai pasukan suku akhir itu.



Bayern, yang mencipta jurang sembilan mata di persada Bundesliga berdepan Villarreal di kedudukan ketujuh La Liga, 12 mata di belakang empat pasukan teratas dan mara ke kelompok lapan terakhir Liga Juara-Juara pertama kali sejak 2009.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker