SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT

Sekarang ni musim terung pipit atau terung rimbang, pokok-pokok yang tumbuh meliar mula mengeluarkan butiran terung yang comel-comel (saling tak tumpah macam kacang pis u!!). NIkmat  kalau dimasak sambal tumis dan guna ikan bilis akan menambah lagi kenikmatan sambil dihidangkan dengan nasi yang panas. Tambahan lagi terung pipit ni mempunyai nilai-nilai dan khasiat dalam perubatan kampung ia sesuai untuk pesakit “Gaot”

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan udang
1/2 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Cuci terung pipit, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan udang dikupas, cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan terung pipit tadi. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih sehingga terung pipit lembut.
  3. Masukkan udang dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api…Hidangkan bersama nasi hangat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker