Kontrak Idrus Harun Di Sambung, Muhyiddin Akan Terlepas?

Kontrak Idrus Harun Di Sambung, Muhyiddin Akan Terlepas?

Kontrak Idrus Harun Di Sambung, Muhyiddin Akan Terlepas?

Kenyataan media bertarukh 3 Mac 2023 yang dikeluarkan oleh KSU, TS Zuki Ali, menimbulkan pelbagai polemik di kalangan rakyat.

Untuk rekod, kontrak Peguam Negara, Idrus Harun, disambung semula selama 6 bulan dan ianya berkuatkuasa mulai 6 Mac 2023.

Ada yang beranggapan, dengan penyambungan kontrak Idrus Harun sebagai Peguam Negara, ianya memberikan isyarat awal bahawa Muhyiddin Yasin dan sekutunya akan terlepas dari pendakwaan.

Mereka juga mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan perdana menteri, Anwar Ibrahim, dalam melakukan reformasi.

Serta ianya menimbulkan keraguan kepada usaha pembersihan pentadbiran kerajaan yang sering dikatakan oleh Anwar.

Di kalangan akar umbi UMNO pula ada yang beranggapan bahawa ini adalah langkah pertama pengkhianatan Anwar atas kerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut mereka, dengan penyambungan kontrak Idrus Harun, maka Hakim Nazlan akan terus terselamat dari pendakwaan.

Dan harapan mantan perdana menteri untuk mendapatkan keadilan dilihat seolah sudah berkubur.

Sekiranya mahu mengharapkan keadilan diberikan dalam keputusan semakan penghakiman di Mahkamah Persekutuan, ianya boleh dianggap mustahil.

Ini berdasarkan kenyataan Ketua Hakim Negara terhadap siasatan SPRM ke atas Nazlan.

Ada pula akar umbi UMNO yang beranggapan, ianya adalah strategi politik Anwar Ibrahim.

Ianya dilakukan untuk memastikan UMNO/BN tidak mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya negeri.

Pengaruh DS Najib sebagai pengurus kempen pilihanraya sememangnya tidak boleh dinafikan mampu menjadi magnet untuk menarik undi.

Ianya sudah terbukti di dalam pilihanraya negeri Melaka dan Johor.

Sekiranya UMNO/BN mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan, ianya boleh menggugat dominasi PKR/PH dalam Kerajaan Perpaduan.

Menteri Undang Undang & Reformasi Institut, Azalina Othman Said, berkata penyambungan kontrak itu mungkin kerana ada tugas yang belum selesai.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/248144/berita/nasional/saya-tak-terlibat-mungkin-ada-kerja-sebelum-selesai—azalina

Penyambungan Kontrak Tidak Dapat Menghalang Pendakwaan Nazlan

Bagi penulis, sebelum kita membuat sebarang spekulasi, perlu dilihat ke atas beberapa perkara mengenai penyambungan kontrak tersebut.

Pertama, ianya disambung dalam tempoh yang amat singkat, cuma 6 bulan dan bukannya 3 tahun seperti kelazimannya.

Mungkin ada kebenaran dakwaan Azalina bahawa ada tugas yang sedang dilakukan oleh Idrus Harun masih belum selesai.

Perkara kedua adalah pengasingan kuasa dan fungsi Peguam Negara yang sedang dgiat diusahakan oleh kerajaan.

Sekiranya mengikut keadaan sekarang, Peguam Negara mempunyai kuasa sebagai penasihat undang undang kerajaan dan juga kuasa pendakwaraya.

Kerajaan sudah berada di peringkat akhir untuk mengasingkan kedua-dua kuasa tersebut kepada 2 individu yang berlainan.

Selepas mendapat perkenan dari YDP Agong selepas diluluskan di parlimen, Idrus Harun tidak lagi mempunyai kuasa sebagai pendakwaraya.

Seorang pendakwaraya baharu akan dilantik dan beliau mempunyai kuasa pendakwaan yang dimiliki oleh Peguam Negara sebelum ini.

Sama ada Idrus Harun masih menjadi Peguam Negara atau tidak, sekiranya kes Nazlan mempunyai bukti yang kukuh, pendakwaan akan diteruskan tanpa campurtangan Idrus Harun.

Penulis tidak nampak ada sebarang masalah dengan pelanjutan kontrak Idrus Harun selama 6 bulan lagi.

Hatta, sekiranya dilanjutkan 3 tahun sekali pun, banyak kertas siasatan yang sudah dilengkapkan akan dibuat pendakwaan di mahkamah.

Kerana ketika itu, Idrus Harun tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada untuk menangguh atau meneruskan pendakwaan di mahkamah.

 

Kontrak Idrus Harun Di Sambung, Muhyiddin Akan Terlepas?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker