Penyakit Yang Mudah Menyerang Kalau Anda Obesiti

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan tangga pertama dalam masalah obesiti? Ini bermakna masalah berat berlebihan dan kegemukan semakin meningkat tanpa mengira usia.

Jika anda tidak menjaga pemakanan dan membiarkan sahaja berat badan berlebihan, ia akan menyebabkan penyakit kronik menyerang sehingga menyebabkan kematian.



PENYAKIT KRONIK AKAN MENYERANG JIKA ANDA OBESITI, JAGA-JAGA

Ini penyakit yang mudah menyerang jika anda obesiti:

1. DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi atau hipertensi, adalah keadaan di mana darah mengalir melalui saluran darah dengan tekanan yang kuat berbanding biasa.

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah, meningkatkan risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan kematian.



2. DIABETES JENIS 2

Diabetes jenis 2 adalah penyakit yang berlaku apabila glukosa darah terlalu tinggi. Kira-kira 8 daripada 10 orang yang menghidap diabetes jenis 2 mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Lama kelamaan, glukosa darah yang tinggi membawa kepada masalah seperti penyakit jantung, strok, penyakit buah pinggang, masalah mata, kerosakan saraf dan masalah kesihatan yang lain.

3. KEMURUNGAN



Obesiti dan kemurungan berkait rapat. Kajian mendapati bahawa orang yang obes lebih berkemungkinan mengalami kemurungan berbanding orang yang mempunyai berat badan yang sihat.

4. MASALAH PERNAFASAN

Ini adalah gangguan biasa di mana anda tidak dapat bernafas secara normal semasa tidur. Nafas mungkin berhenti bernafas dalam jangka masa yang singkat.

5. SAKIT SENDI TULANG



Obesiti meningkatkan tekanan pada sendi yang menanggung berat badan menyebabkan keradangan dalam badan. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan komplikasi seperti osteoarthritis.

6. SAKIT JANTUNG & STROK

Obesiti menyebabkan anda berkemungkinan mempunyai tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tidak normal. Masalah ini secara tidak langsung ada penyakit jantung dan strok.



7. KANSER

Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser rahim, serviks, endometrium, ovari, payudara, kolon, rektum, esofagus, hati, pundi hempedu, pankreas, buah pinggang dan prostat.

8. SAKIT JANTUNG

Tekanan darah tinggi, paras lemak darah yang tidak normal dan paras glukosa darah tinggi boleh meningkatkan risiko untuk penyakit jantung. Kehilangan 5 hingga 10 peratus berat badan boleh mengurangkan faktor risiko untuk mengalami sakit jantung.



9. PENYAKIT BUAH PINGGANG

Penyakit buah pinggang menyebabkan buah pinggang rosak dan tidak dapat menapis darah seperti yang sepatutnya. Obesiti  bukan sahaja meningkatkan risiko diabetes malah ia juga menyebabkan sakit buah pinggang.

Walaupun tidak menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi, obesiti boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah buah pinggang.

10. MASALAH KEHAMILAN

Berat badan berlebihan dan obesiti meningkatkan risiko masalah kesihatan yang mungkin berlaku semasa kehamilan. Wanita hamil yang obes mungkin mempunyai peluang lebih besar.

Amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kesihatan dan pemakanan. Anda mampu mengubahnya!

Sumber: Harvard, Mayo Clinic, MY Health & NIH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button