Dua kanak-kanak, guru cedera kereta rempuh taska

Dua kanak-kanak, guru cedera kereta rempuh taska

Dua kanak-kanak, guru cedera kereta rempuh taska
Keadaan kereta yang merempuh sebuah taska sehingga menyebabkan dua kanak-kanak dan seorang guru cedera. Foto ihsan polis

KEMAMAN: Dua kanak-kanak dan seorang guru taska cedera selepas sebuah kereta merempuh bangunan taska, di bandar Chukai, hari ini.
READ MORE

Kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi menyebabkan Dhia Alisha Saffiya Mohd Faiz, tiga tahun dan Mohd IIhasiq Azmi Mohd Ridwan, satu tahun; masing-masing cedera di muka serta kepala.

Guru taska, Nurul Ain Idris, 31, dilaporkan luka di bahagian mulut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata kemalangan berlaku membabitkan sebuah Proton Exora dipandu warga emas berusia 72 tahun.

Katanya, sebelum kejadian, pemandu kereta terbabit dikatakan mengundur kenderaan yang dipandunya itu untuk keluar dari rumahnya yang terletak di depan taska terbabit.

“Ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya itu, mangsa dikatakan secara tiba-tiba tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa melanggar bangunan taska terbabit dengan jarak kira-kira lima meter dari rumahnya,” katanya.

Hanyan berkata, berikutan kejadian itu, ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman dan mendapat rawatan di zon hijau hospital berkenaan.

“Pemandu kereta terbabit yang juga pesara tentera tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dua kanak-kanak, guru cedera kereta rempuh taska


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker