Pimpinan Anwar lebih baik dari Mahathir .

 

Oleh Adam Malik

Kenyataan Mahathir baru baru ini  mengkritk pencapaian kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim PH2.0 sangat memualkan.



Seolah olah cuba alih perhatian dari kes rasuah Hakim Nazlan Ghazali dan cubaan Ketua Hakim lantikan nya Tengku Maimon untuk membela rasuah Nazlan maka Mahathir terpaksa memberi kenyataan untuk tujuan ini.

Dengan kenyataan konon kerajaan pimpinan Anwar tiada buat apa apa , maka Mahathir berharap akan ada respon secara skala besar untuk menutup kes hakim lantikan nya telah gagal dibual oleh netizen.

Mungkin Mahathir menyangka semua rakyat sejahil penyokong taksub nya.



Bukan hendak dikatakan Anwar lebih baik dari Mahathir, tetapi fakta menunjuk kan prestasi Mahathir menjadi Perdana Menteri PH1.0 selama 22 bulan sangat buruk dan sangat teruk.

Bermula dengan menandatangan surat melepaskan tuntutan Pulau Batu Puteh secara solo tanpa merujuk Peguam negara kerana beliau telah menggantung tugas peguam Negara Tan Sri Appandi Ali dan juga Ketika kabinet baru belum dibentuk sepenuh nya.

Seolah olah Tun Mahathir takutkan sesuatu dengan Singapura , in kerana akaun sulit keluarga Zeti sudah didedahkan oleh Singapura.

Itu salah satu keburukan awal Mahathir.



Sehingga ditulis atikel ini, kerajaan Anwar menanggung beban peninggalan kerajaan gagal Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin masih belum menggadai dan menjual aset aset penting negara seperti kerajaan Tun Mahathir lakukan,.

Malah, belum ada kakitangan awam dipecat secara beramai ramai seperti kerajaan Mahathir lakukan.

Dilaporkan berbelas ribu kakitangan awam dan pekerja sekolah dibuang termasuk ratusan kakitangan SPAD.



Selain itu, kerajaan Anwar masih belum menjarah wang PETRONAS seperti yang kerajaan Mahathir lakukan.

Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri wang PETRONAS dijarah sehingga kering dengan dividen dan special dividen dalam masa 22 bulan.

Kesultanan Sulu juga mendapat kelebihan pada kesilapan kerajaan Mahathir menulis surat memohon maaf yang memberi petanda kerajaan Malaysia Bersalah dan semenjak itu Kesultanan Sulu membuat tuntutan terhadap aset PETRONAS.

Kerajaan Anwar menuntut Goldman Sach memulangkan wang dengan kadar maksima, sementara kerajaan Mahathir tidak berbuat sedemikian.



Malah kerajaan Mahathir menjadikan penerima rasuah dari GS sebagai saksi semata mata untuk mengenakan Datuk Seri Najib Razak.

Jumlah perasuah dilindung menjadi lebih ramai kerana mahu perkena kan Najib Razak seorang.

Banyak kerosakan terjadi kerana tindakan kerajaan Mahathir.

Antara nya Malaysia jatuh taraf negara yang tidak boleh dipercayai kerana Mahathir membatalkan perjanjian sudah termeterai.



Malaysia dilaporkan keseluruh dunia sebagai membatalkan perjanjian ECRL dan kemudian membuat adjustment semula kerana takut disaman.

Malaysia juga membatalkan perjanjian untuk mengwujudkan King Salman Peace Center walaupun dibiyai oleh kerajaan Arab Saudi sepenuh nya,

Hubungan dengan seluruh negara Arab rosak kerana Malaysia membatalkan perjanjian itu dan juga penarikan tentera dari Saudi yang berhdapan dengan teroris Houthi.

Ini telah akibatkan semua negara Arab tidak mahu berurusan dengan Malaysia kerana kuathir negara Saudi tersinggung.

Negara UAE berulangkali Malukan Malaysia dengan membuat pelaburan di Indonesia setiap kali Malaysia menghantar rombongan ke UAE.

Terlalu banyak kerosakan dilakukan oleh Mahathir Ketika menjadi Perdana Menteri PH1.0.

Ini baru sedikit sahaja yang didedahkan.

Maka , Mahathir sangat tidak sesuai untuk menegur siapa siapa Perdana Menteri pun.

Tiada Locus Standi untuk menegur selain menggunakan tiket “umur” sahaja.

DSNR yang Mahathir buruk buruk kan pun lebih baik berpuluh kali ganda dari Mahathir sendiri kerana hasil carian kerajaan Najib menjadi pendapatan kerajaan Mahathir.

Aset yang dibeli dan dibina oleh Najib Raak menjadi periuk nasi kerajaan Tun Mahathir.

Wang pencarian nya menjadi wang perbelanjaan kerajaan Mahathir.

Mahathir selama menjadi Perdana Menteri hanya pandai “hoodwink” rakyat dengan ucapan dan isu sahaja untuk mengkaburi rakyat.

Pemerintahan Anwar bukan yang terbaik, tetap lebih baik berganda ganda dari Mahathir.

Itu satu fakta dan bukan persepsi politik.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button