Peluang Kane bangkit – Southgate

Peluang Kane bangkit - Southgate
Pengendali baharu Spurs Antonio Conte (kiri) dijangka dapat mengembalikan Harry Kane (kanan) pada prestasi sebenarnya. – Foto AGENSI

Peluang Kane bangkit – Southgate

LONDON: Harry Kane boleh bangkit kembali di bawah pengendali baharu Spurs Antonio Conte, kata bos England Gareth Southgate.

Kane, 28, bergelut mendapatkan prestasi sebenar dan gol selepas perpindahannya ke Manchester City pada musim panas tidak menjadi kenyataan dengan pasukannya beraksi hambar di bawah Nuno Espirito Santo.

Nuno dipecat minggu lalu selepas hanya 124 hari membimbing Spurs dan digantikan dengan Conte.

“Ia musim panas yang rumit buat Harry. Kini peluang terbuka buatnya untuk melupakan kisah itu. Dengan pertukaran pengendali, saya rasa ia permulaan baharu buatnya.

“Kehadiran Antonio mungkin perkara terbaik buat Harry. Antonio pada pandangan saya, seorang jurulatih hebat, saya pasti dia akan mendapatkan prestasi terbaik daripada Harry dengan segera,” kata Southgate.

Kane hanya meledak satu gol Liga Perdana Inggeris musim ini tetapi walaupun penyerang England lain beraksi cemerlang, kedudukan kapten The Three Lions itu tidak akan terjejas.

Southgate berkata: “Hakikatnya Harry meledak 41 gol dalam 65 penampilan antarabangsa dan kami perlu memenangi perlawanan bola sepak.

“Tidak ada orang lain yang kami lebih percaya, dia adalah penyerang terbaik generasinya. Adakah dia tidak boleh digugurkan? Saya rasa kami sudah menjawab soalan itu.

“Harry dan Raheem Sterling memenangi banyak perlawanan untuk kami – perlawanan penting – dan menjaringkan gol penting.

“Jika anda melihat senarai penjaring untuk England ketika ini, selain Kane, Sterling dan Marcus Rashford, jumlahnya amat sedikit. Ia menunjukkan betapa pentingnya mereka.”

Peluang Kane bangkit – Southgate


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker