Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu 

Banyak dijual, ada mahal dan murah

Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu 

Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu 
Ini merupakan ciri-ciri kamera papan pemuka yang ideal. -Gambar hiasan

MALANG tidak berbau.

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja pada waktu yang tidak disangka-sangka.

Papan pemuka atau ‘dashcam‘ yang dipasang pada kenderaan bertindak sebagai kamera litar tertutup (CCTV) ketika berlakunya kemalangan di jalan raya.

Terdapat pelbagai jenis papan pemuka yang dijual di luar sana, pastikan anda membuat pilihan yang betul ketika membeli.

Berikut merupakan antara ciri yang perlu pada sesebuah papan pemuka untuk menjadikannya relevan.

Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu 
Dashcam seharusnya mempunyai resolusi video berdefinisi tinggi. -Gambar hiasan

1) Resolusi video

Pastikan ia mempunyai resolusi minimum berdefinisi tinggi (HD) 720p kerana jika lebih rendah, anda akan mempunyai masalah untuk membaca nombor plat kereta, jenis kenderaan.

Tetapi jangan ambil papan pemuka dengan resolusi video yang terlampau tinggi kerana ia memerlukan banyak ruang dalam memori.

2) Kapaisiti simpanan memori

Ini penting ketika anda hendak membeli kad memori microSD untuk kamera papan pemuka anda.

Contohnya, satu jam video HD 720p memerlukan ruang memori antara 1 Gigabyte (GB) dan 2GB.

Untuk satu jam video HD 1080p, anda perlukan 6GB ke atas.

Jangan beli microSD dengan memori yang terlalu rendah. Paling minimum yang disyorkan ialah 64GB.

Pastikan kad memori anda dari jenama yang boleh dipercayai. Jika tidak, kad memori murahan mempunyai kebarangkalian fail video anda rosak (corrupted file).

 

Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu 
Pastikan ada fungsi penglihatan malam. -Gambar hiasan

3) Kamera penglihatan malam (night vision)

Hampir semua orang akan memandu pada waktu malam. jadi pastikan kamera papan pemuka anda mempunyai fungsi penglihatan malam atau night vision.

Kamera dengan penglihatan malam yang berkualiti tidak mempunyai banyak noise (bintik-bintik dalam rakaman apabila keadaan gelap).

4) Boleh diaktifkan secara automatik

Kamera papan pemuka untuk kereta sepatutnya mempunyai fungsi suis buka dan tutup secara automatik.

Ini bermakna apabila kereta dimatikan enjin dan kunci ditarik keluar, kamera akan ditutup.

Apabila enjin dihidupkan, kamera berfungsi kembali. Ada kamera papan pemuka yang tidak mempunyai fungsi ini.

5) Saiz papan pemuka

Kamera yang ideal perlulah kecil dan boleh dipasang di kawasan yang tidak mengganggu penglihatan pemandu ketika memandu.

 

Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu 
Peranti ini sepatutnya boleh diaktifkan secara automatik ketika ada hentakan kemalangan. -Gambar hiasan

6) Fung ‘loop-recording’

Perlu ada fungsi ‘loop-Recording’.

Ia bermaksud apabila kad memori sudah penuh, ia akan merakamkan video terbaharu di atas video yang sebelumnya.

Pusingan rakaman ini penting dan jika kad memori cukup besar, ia mampu menyimpan rakaman yang lebih lama sebelum dipadamkan.

7) Pengesan hentakan (impact sensor)

Apabila ada impak perlanggaran, kamera akan menyimpan rakaman video beberapa minit sebelum kejadian ke dalam fail berasingan.

Ini memudahkan anda untuk memuat turun video yang berkaitan sahaja.

Ia juga boleh dihidupkan secara automatik walaupun apabila enjin dimatikan.

Ini amat berguna jika kenderaan anda dilanggar ketika sedang diparkir.

Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu 
Dashcam yang baik juga harus dilengkapi GPS. -Gambar hiasan

8) Pengesan lokasi GPS

Fungsi Google Positioning System (GPS) ini membolehkan anda untuk tahu lokasi kejadian.

Selain itu, ia juga mampu merekodkan kelajuan kenderaan.

9) Jangan guna kamera papan pemuka yang terlalu mahal

Kes kecurian kamera papan pemuka banyak berlaku.

Jika ia dari jenis yang premium, sorokkan ia di bahagian atas cermin.

Transport Company’s Permit Suspended After Death Of Unborn Baby In Perak Accident

Sebelum beli dashcam pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes “Audit Tempering” – Bukan soal Najib dan Arul menang , kes tidak patut wujud pun.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker