Bekas Ketua Hakim Negara: Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri

Bekas Ketua Hakim Negara: Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri

Bekas Ketua Hakim Negara: Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri

Keangkuhan Tengku Maimon bersama 6 panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam mempertikaikan kredibiliti SPRM terus mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Pakar kriminologi, Dr Kassim Noor Mohamed, berkata Akta SPRM 2009 tidak memperuntukkan SPRM perlu berunding dengan mana-mana pihak sebelum memulakan siasatan.



Beliau menambah, SPRM memiliki kebebasan untuk menyiasat mana-mana pihak, termasuk hakim.

Dan perkara itu menjamin kebebasan badan penguat kuasa antirasuah berkenaan dalam menjalankan peranannya.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1069145/sprm-bebas-siasat-hakim-tanpa-perlu-rujuk-sesiapa-pakar-kriminologi



Manakala penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, pula berkata SPRM merupakan badan bebas.

Dan SPRM bukan berada di bawah badan kehakiman.

Justru itu, SPRM tidak perlu mendapatkan kebenaran dari badan kehakiman untuk menyiasat mana-mana hakim yang disyaki melakukan jenayah.

Baca di sini:



https://malaysiagazette.com/2023/02/24/sprm-badan-bebas-tiada-keperluan-maklum-siasatan-kepada-ketua-hakim-negara-penganalisis/

Mungkin Tengku Maimon merasakan pendapat yang diberikan oleh kedua-dua tokoh itu merupakan pendapat peribadi.

Dan mereka terdiri dari orang yang berada di luar badan kehakiman.

Jadi mungkin bagi beliau, tidak ada keperluan untuk memandang serius terhadap pandangan tersebut.



Bekas Ketua Hakim Negara Sendiri Mengkritik Keputusan Panel 7 Hakim Mahkamah Persekutuan

Namun begitu, bagaimana pula apabila bekas Ketua Hakim Negara sendiri yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh 7 panel Hakim Mahkamah Persekutuan?

Apakah Tunku Maimon akan terus memekakkan telinga beliau dan tidak mempedulikannya?

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mempersoalkan, adakah Mahkamah Persekutuan membuat undang undang sendiri?

Baca di sini:



http://tunabdulhamid.me/author/tunabdulhamid/

Melalui tulisan di laman blog beliau, penulis tertarik dengan 2 persoalan yang dikemukakan oleh Tun Hamid dalam mempersoalkan keputusan 7 hakim berkenaan:

a) Tun Hamid berkata, agensi yang paling banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk menyiasat DS Najib adalah SPRM.

Maka sudah tentu SPRM adalah agensi yang paling mahu melihat DS Najib dipenjarakan.



Ianya adalah sebagai hasil dari masa, tenaga dan wang yang sudah dibelanjakan untuk melakukan siasatan.

Jadi adakah dengan mempertahankan Nazlan, badan kehakiman mahu memberitahu bahawa SPRM kini mempertahankan DS Najib?

b) Sekiranya ada keperluan untuk SPRM menyiasat Ketua Hakim Negara, dari siapakah pula SPRM perlu mendapatkan kebenaran?

Tengku Maimon semakin jelas kelemasan dengan alasan yang beliau sendiri cipta.

Dan penghujahan kehakiman yang beliau cipta sangat jelas tidak berpaksikan kepada kedaulatan undang-undang?

Bukankan beliau sendiri dahulu pernah berkata:

“Hakim hendaklah membuat penghakiman berdasarkan kepada fakta dan bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan tanpa terpengaruh dengan tekanan dari luar”.

Jadi, please walk the talk!!!

 

Bekas Ketua Hakim Negara: Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button