China tingkat bajet ketenteraan tangani ancaman luar

China tingkat bajet ketenteraan tangani ancaman luar

China tingkat bajet ketenteraan tangani ancaman luar
BAJET pertahanan China meningkat kira-kira 10 peratus setiap tahun. – AFP

BEIJING: China akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan lebih tujuh peratus pada tahun ini berikutan ancaman luar yang semakin meningkat terhadap negara itu.

Perkara itu diumumkan pada Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang dijangka mengesahkan penggal ketiga Xi Jinping sebagai presiden dan pelantikan pasukan tertingginya.

Memetik laporan BBC, bajet ketenteraan Beijing yang berjumlah sekitar AS$225 bilion (RM1.01 trilion) itu dikatakan lebih rendah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang memperuntukkan empat kali ganda lebih besar bagi sektor pertahanannya.



Bagaimanapun, beberapa penganalisis mendakwa China mungkin tidak mendedahkan jumlah sebenar bajet sektor pertahanannya.

Perdana Menteri, Li Keqiang dalam satu laporan mendakwa wujudnya ancaman luar yang semakin meningkat terhadap negara itu.

“Justeru, angkatan tentera harus memperhebatkan latihan ketenteraan dan kesiapsiagaan secara menyeluruh,” jelasnya.

Sedekad lalu, bajet pertahanan China meningkat kira-kira 10 peratus setiap tahun, dengan menyaksikan peningkatan tertinggi pada 2014 iaitu sebanyak 12.2 peratus.



Selain itu, China turut mengumumkan akan meneruskan sasaran pertumbuhan ekonomi kira-kira lima peratus pada tahun ini.

Pengumuman mengenai penambahan perbelanjaan ketenteraan itu dibuat ketika ketegangan semakin memuncak antara Beijing dan Washington berhubung beberapa isu membabitkan konflik Ukraine dan belon pengintip.

Terlibat aktiviti ketenteraan di Laut China Selatan, AS senarai hitam 24 syarikat China



China tingkat bajet ketenteraan tangani ancaman luar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button