Dilema Ismail Sabri -Sebab musabab perlu ganggu pemilihan UMNO perguna RoS.
Oleh Adam Malik
Kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri agak tersepit dalam UMNO dan dalam pemilihan UMNO kini sudah diketahui.
Ia terjadi atas sebab kegelojohan dan kesilapan DSIS sendiri.
Baru baru ini DSIS dapat peluang ganggu pemilihan UMNO dengan isu tiada pengesahan dari Registrar Of Society.
DSIS seolah olah mendapat point untuk mencabar keputusan UMNO tidak pertandingan dua jawatan teratas dalam parti.
Kisah nya bermula dengan kesilapan DSIS menerima jawatan Perdana Menteri dari tangan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Jika seorang itu ahli parti yang baik dan beretika dia seharus nya memberitahu Muhyiddin Yassin “Saya tidak berhak menerima jawatan ini , dan awak harus berunding dengan kepimpinan parti saya terlebih dahulu”.
Namun, sebalik nya DSIS terus menerima jawatan itu dengan melanggar protokol dan heiraki parti serta menyebabkan pihak lawan dapat menguasai parti UMNO melalui DSIS.
Lebih parah lagi, rupa rupa nya ada perjanjian sulit dimeterai antara DSIS dengan pihak yang menawarkan jawatan Perdana Menteri .
Cerita selebih nya semua orang sudah tahu dan dipendek kan kepada persoalan kedua, kenapa DSIS perlu ganggu pemilihan UMNO guna RoS?
Oleh sebab menjadi Perdana Menteri atas tawaran pihak musuh UMNO , maka ia tidak ikut adab parti dan heiraki.
Maka, apa bila Parti UMNO memuat keputusan dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan , maka DSIS tersepit.
Sebagai orang yang pernah menjadi Perdana Menteri dilantik pihak lawan, dalam heiraki parti DSIS masih bertaraf Naib Presiden sahaja.
Maka , jika dua jawatan teratas tidak dipertandingkan, mana mungkin orang bertaraf Mantan PM tanding jawatan lebih junior dari Presiden dan Naib Presiden?
Atas sebab itu lah DSIS meroyan dan cuba guna RoS untuk membatalkan syarat dua jawatan top tidak dipertandingkan.
Ini kerana mantan Perdana Menteri tidak seharus berjawatan bawah Presiden atau Timbaan Presiden, hanya jawatan Presiden sahaja yang secucuk nya untuk ditandingi.
Maka, itu lah yang terjadi kenapa DSIS bertindak sepereti yang dilihat hari ini.