Ibu tunggal dan anak selamat dalam kebakaran di Kampung Bakong

MUKAH: Dua beranak sempat menyelamatkan diri sebelum kediaman mereka di Kampung Bakong Oya, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal.
Justeru katanya, pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah dikerah ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.58 pagi.
“Operasi pemadaman berpandukan konsep R.E.C.E.O bagi menyelamat, mengawal dan memadam kebakaran.
“Satu aliran 200 kaki, dua nozel dan sebuah pam angkut dibentangkan bagi membantu memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari sungai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berdasarkan maklumat awal, kebakaran tersebut melibatkan mangsa yang terdiri daripada seorang ibu tunggal berusia 64 tahun bersama seorang anaknya.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri serta tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kejadian.
Operasi terkawal pada jam 10.40 pagi dan tamat sepenuhnya pada 10.55 pagi.

 

Suara Sarawak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button