Mahathir seharus berani sanggah kenyataan Lim Guan Eng.

Oleh Adam Malik

Semalam beberapa media melaporkan kenyataan mantan Setiausaha Agung DAP dan bekas Menteri Kewangan dimana Lim Guan Eng menyatakan Mahathir Ketika menjadi Perdana Menteri bertindak seperti diktator mengenepikan apa yang majoriti Jemaah Menteri telah persetujui.

Dalam kenyataan Lim Guan Eng , beliau menyatakan Mahathir menunjuk kan belang diktator nya dengan mahu memecat LGE jika mahu meneruskan Hasrat tiga cadangan dari LGE yang mendapat sokongan majoriti Jemaah Menteri.



Sekaligus ini menunjuk kan apa yang dikata kan oleh rakyat selama ini ada lah benar berkenaan Mahathir.

Mahathir yang terkenal dengan sifat kedekut dan percaya wang rakyat tidak harus diberi kepada sesiapa pun melainkan kroni dan proksi nya melalui pelbagai kaedah.



Sama ada penciptaan projek, bailout atau lain lain cara asalkan dapat kepada kroni nya.

Maka kita faham lah apabila beliau menolak cadangan dari Menteri nya sendiri jika dia atau kroni nya tidak mendapat faedah.

Perbuatan Mahathir kian terdedah sejak kebelakangan ini dan kebanyakan masalah negara dan politik dipercayai ada peranan nya dibelakang tabir.



Mahathir sering perguna pihak lain untuk kerja kerja politik nya supaya dia kelihatan suci dan murni.

Satu Ketika LGE pernah mendedahkan kroni Mahathir Abu Sahid mahu membeli lebuhraya PLUS  tetapi LGE dan Tony Pua tidak setuju lalu kroni Mahathir marah sakan terhadap kedua mereka ini termasuk Khazanah Nasional.

Mahathir juga marah kerana kehendak kroni nya tidak dilayan (dikira kehendak Mahathir juga).



Mewakili kerajaan LGE bertanya mana datang duit berpuluh billion untuk membeli PLUS?

Sambil itu PLUS penyumbang dana terbesar kepada KWSP untuk dividen  maka tidak wajar dijual kepada Mahathir dan kroni.

Bagaimana seorang  bertaraf negarawan tidak berfikir demi rakyat tetapi hanya untuk kroni?

Kembali kepada topik, pendedahan LGE seharus mendapat respon dari Mahathir.



Mahathir perlu bertanggung jawab untuk memberi kenyataan balas.

 

Semakin terlerai kenapa Mahathir serah jawatan melalui proses Sheraton Move.

Dari awal lagi ramai sudah syak ini semua percaturan Mahathir



Jika Mahathir tidak respon, maka ia juga membukitikan apa yang dikatakan oleh ramai orang, jika besalah dia akan pura pura buat bodoh.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button