Osimhen impikan aksi bersama kelab EPL

Rom: Penjaring terbanyak Serie A setakat ini, Victor Osimhen berkata, impiannya adalah untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang Nigeria itu, yang berada di Rom untuk mengambil anugerah atlet luar negara terbaik di Itali daripada Persatuan Press Luar Negara, berkata, dia mahu menghadiahkan kejuaraan liga buat penyokong Napoli namun turut memikirkan mengenai masa depannya.

“Ramai orang di seluruh dunia menganggap EPL sebagai liga terbaik dan terkuat,” kata pemain berusia 24 tahun itu.



“Saya berada dalam satu liga terbaik dunia, iaitu Serie A Itali.

“Sudah tentu saya bekerja keras untuk memastikan saya mencapai impian saya untuk bermain di EPL suatu hari nanti, tetapi ia adalah satu proses dan saya hanya mahu mengekalkan momentum ini.”

Osimhen menyertai Napoli pada 2020 dari Lille.



Dia setakat ini sudah meledak 19 gol dalam saingan liga untuk membantu Napoli memiliki kelebihan 15 mata di tangga teratas tatkala mereka memburu kejuaraan liga pertama sejak ia dilakukan pada zaman Diego Maradona.

“Sebagai pemain bola sepak, apabila anda tiba di Napoli anda akan lebih jatuh cinta dengan bola sepak, kerana mereka menyerahkan sepanjang hidup mereka pada permainan dan sokongan untuk pasukan,” katanya.

“Saya cuba memberi mereka sesuatu untuk diingati itu adalah misi besar bagi saya.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button