Beri rasuah RM7,000 tarik balik laporan polis, penjawat awam ditahan SPRM

Beri rasuah RM7,000 tarik balik laporan polis, penjawat awam ditahan SPRM

Beri rasuah RM7,000 tarik balik laporan polis, penjawat awam ditahan SPRM
Foto hiasan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam di Sandakan hari ini kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menarik balik satu laporan polis terhadapnya.

Suspek berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan, hari ini.

Sumber berkata, suspek disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kes samun berkumpulan.



“Pada 30 Oktober 2021, suspek kemudian menawar serta memberikan wang RM7,000 kepada pengadu sebagai dorongan supaya laporan polis berkenaan ditarik balik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 berserta deposit RM1,000 dengan seorang penjamin.



“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam masa terdekat,” katanya.

SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Beri rasuah RM7,000 tarik balik laporan polis, penjawat awam ditahan SPRM

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?


DISYORKAN UNTUK ANDA :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button