‘Scam’ melalui undangan perkahwinan di WhatsApp

‘Scam’ melalui undangan perkahwinan di WhatsApp

'Scam' melalui undangan perkahwinan di WhatsApp
FOTO HIASAN

Jakarta: Pengusaha aksesori kenderaan di Malang, Jawa Timur, kerugian wang simpanan 1.4 bilion rupiah (kira-kira RM432,867) selepas menekan pautan pada undangan majlis pernikahan yang dihantar menerusi WhatsApp.

Portal Kompas melaporkan, pautan itu dihantar melalui WhatsApp daripada nombor tidak dikenali pada Rabu lalu.

Selepas menekan klik pada undangan dengan pautan format APK itu, wang simpanan Yap, 52, di dalam akaun bank, dilaporkan lesap.

Hasil pemeriksaan mendapati wang itu lesap selepas ada beberapa kali transaksi menerusi aplikasi m-Banking.

Apa yang berlaku membuatkan Yap hairan kerana dia tidak pernah memiliki akaun m-Banking untuk akaunnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Akan korbankan Sanusi demi Mahathir?


Peguam bela Yap, Hilmy F Ali memaklumkan anak guamnya pada mulanya melihat pautan iklan kemudian menyekat nombor yang menghantar pautan berkenaan.

Pada hari sama, Yap menerima notifikasi melalui SMS dan e-mel yang menjelaskan cubaan menggodam akaunnya e-melnya.

Yap kemudian memindahkan data ke telefon bimbit lain dan menukar kata laluan e-mel.

“Pada akhir Mei 2023, anak guam kami menerima undangan pernikahan sebelum menekan klik pada pautan.

“Selepas diperiksa, wang simpanannya berkurangan,” tambahnya.

Jika dijumlahkan, transaksi berjumlah 1.4 bilion rupiah (kira-kira RM432,867).

Meskipun terdapat transaksi yang banyak, Hilmi memaklumkan pihak bank tidak memaklumkan perkara itu kepada anak guamnya.

“Anak guam saya tidak pernah memuat turun aplikasi m-Banking. Siapa yang memuat turunnya?

“Sedangkan, perlu ada pengesahan sebelum mengaktifkan perbankan dalam talian,” katanya.

Agensi

‘Scam’ melalui undangan perkahwinan di WhatsApp


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker