“Saya akan bawa suara Umno Sabah” – Tok Mo

Oleh – Editor


"Saya akan bawa suara Umno Sabah" - Mohamad Alamin

 



Tok Mo atau nama sebenarnya Mohamad bin Alamin merupakan Ahli Parlimen Kimanis, Sabah mahu bawa suara Umno Sabah ke satu peringkat yang lebih baik.

Bermula dalam politik agak lewat, Tok Mo bukan nama asing dalam politik Sabah terutama Kimanis. Dipilih sebagai calon PRK Kimanis ketika BN bukan kerajaan pusat, pengalaman menjadi pembangkang merupakan antara kenangan terbaik buat Tok Mo.

Dalam PRU15, Tok Mo berjaya mempertahankan kedudukan beliau dengan pertambahan majoriti dan ini menunjukkan keyakinan pengundi terhadapnya.

Menjawap soalan apabila ditanya mengapa memilih untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohamad Alamin memberi jawapan yang cukup baik.



“Saya akan membawa suara Umno Sabah ke satu peringkat yang lebih baik, oleh kerana itu saya menawarkan diri untuk jawatan MKT” 

Umno Sabah telah diberikan kuasa autonomi, saya akan usaha untuk perkasakan kuasa yang telah diberikan kepada Umno Sabah” – Tok Mo

Mohamad Alamin juga mengingatkan semua ahli Umno agar menghormati Institusi Umno dan sentiasa bersama dalam parti ketika susah dan senang.



Ikuti selanjutnya temubual Eksklusif bersama MyTvOnline

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button