Syamsul Yusof Mesra Tegur Media, Puteri Sarah Reda & Happy

Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sebelum ini.

Susulan itu, Mahkamah menetapkan hari ini sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Kelihatan tenang dan tersenyum

Puteri Sarah yang hadir di Mahkamah kira-kira pukul 9.37 pagi itu dilihat senyum sambil ditemani peguamnya. Sarah sempat menjawab pertanyaan wartawan bagaimana perasaannya pada pagi ini. Ujar Sarah, dia redha apa sahaja yang berlaku hari ini.

Sarah hari ini redha, okay dan happy. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sebelum ketibaan Sarah, Syamsul dilihat hadir terlebih dahulu di Mahkamah bersama peguamnya. Syamsul sempat menegur para petugas media yang berada di situ.

Assalamualaikum. Lama tak dengar suara Syamsul.

Terdahulu, permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker