Ikmal taja program Tanah Merah, mana sumber kewangan?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Ikmal Hisham Taja Program Tanah Merah



 

Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato Sri Ikmal Hisham, wajib mengisytiharkan sumber serta jumlah perbelanjaan program PIBG dan Karnival Pelancaran Jentera Perikatan Nasional di Tanah Merah pada 2 Julai 2022.

Karnival Pelancaran Majlis Bersama Pemimpin yang dianjurkan itu turut menjemput orang ramai ibu bapa dan guru di Tanah Merah.

Surat jemputan Ibu Bapa Mesyuarat PIBG



Kemusykilan timbul apabila program Perasmian Jentera Perikatan Nasional turut dijalankan serentak pada tarikh sama dengan mesyuarat PIBG Sekolah di Tanah Merah, Kelantan.

Surat jemputan yang diedarkan kepada ibu bapa pula menyatakan pada tarikh tersebut diadakan Perasmian Mesyuarat PIBG untuk semua sekolah di Tanah Merah.

Siapa biayai kos keseluruhan program termasuk untuk mengadakan mesyuarat PIBG?



Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengeluarkan belanja melalui JPN, PPD atau sekolah bagi membiayai program PIBG tersebut. Sebaliknya, menurut Radzi, semua kos program dibiayai Ikmal Hisham.

Adakah kebetulan hadiah cabutan bertuah Karnival serta mesyuarat PIBG sama? Melihat kepada surat edaran untuk mesyuarat PIBG dan karnival, semua hadiah sama.

HADIAH CABUTAN BERTUAH PIBG DAN KARNIVAL ‘KEBETULAN’ SAMA?

Ikmal taja program Tanah Merah



Hadiah cabutan bertuah yang disediakan boleh dikategorikan mewah apabila menawarkan sebuah Perodua Axia sebagai hadiah utama. Selain itu hadiah utama itu, turut ditawarkan 5 buah motorsikal, 10 ekor lembu, 10 televisyen 40 inci, 20 telefon bimbit dan 200 hamper.

Hamzah Zainuddin guna aset kerajaan untuk program Parti
Hamzah Zainuddin guna aset kerajaan untuk program Perikatan Nasional?

Berapa jumlah pembiayaan yang dikeluarkan untuk kedua-dua program? Mungkin pihak SPRM berminat untuk menemuramah Ikmal bagi mendapatkan maklumat dari mana sumber kewangan beliau bagi menaja program tersebut.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button