Fyna Jebat & Madu Akhirnya Berdamai, Tak Mahu Panjangkan Kes Tarik Rambut

Sekitar Januari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan kes pergaduhan yang melibatkan dua isteri kepada bekas jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin, iaitu Datin Zalina Zaini dengan penyanyi Fyna Jebat.

Isteri pertama tarik laporan

Selepas hampir sebulan kemelut itu berlaku, akhinya pergaduhan antara dua isteri Zainal Abidin menemui kata putus apabila mereka sepakat untuk berdamai.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim selaku Ketua Polis Daerah Shah Alam selepas Zalina Zaini mengambil keputusan untuk menarik semula laporan mengenai kes tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Susulan tindakan itu, pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas menyemak semula kertas siasatan.



Mereka telah menarik semula laporan kerana isteri pertama telah berbuat demikian dua minggu lalu. Jika diikutkan tempoh hari, mereka akan diberi bon namun masing-masing ingin selesaikan isu secara baik.

Difahamkan, pergaduhan itu berlaku selepas isteri pertama kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan menarik rambut madunya di sebuah premis makanan kerana bengang selepas suaminya dikatakan berkahwin secara senyap sebelum ini.

Sumber: Kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker