Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah

Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah

Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah
Raisuddin gembira dapat bertemu dengan Miza yang tular kerana mempunyai wajah mirip Siti Sarah.

DETIK pertemuan penyanyi veteran Raisuddin Hamzah dengan seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Miza sedikit sebanyak mengubat kerinduan terhadap anaknya iaitu Allahyarham Siti Sarah.

Raisuddin, 67, berkata, ketika melihat sendiri kanak-kanak tersebut, fizikalnya juga saling tidak tumpah dengan arwah anaknya ketika dia kecil.

Malah dia turut menganggap Miza sebagai cucunya sendiri meskipun baru pertama kali bertemu.



Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah
Pertemuan itu turut disertai oleh anak sulung Siti Sarah iaitu Uwais.

Pertemuan yang dipercayai diadakan di Kedah itu turut ditemani oleh isterinya, Siti Fatimah dan anak sulung Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


Menerusi video yang dikongsi Siti Fatimah di Instagram miliknya, Uwais turut dilihat malu-malu ketika berbual dengan Miza.



Malah Miza juga kelihatan malu-malu dan hanya tersenyum saat Raisuddin berbual dan memujinya.

Sementara itu, penyampai radio Suria FM Shuib turut mengulang siar video berkenaan dan meluahkan hasrat untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan suatu hari nanti.

“Comelnya, macam dia (Sarah) masa kecil. Allah Maha Hebat. Kirim salam pada adik Miza. Ada rezeki kita jumpa nanti,” ujarnya.

Dalam satu perkongsian lain, Shuib juga sempat mengadakan sesi video call bersama Miza namun kanak-kanak itu kelihatan segan ketika berbual dengannya.



 

Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah
Shuib sempat membuat panggilan video dengan kanak-kanak itu.

Malah isteri Shuib iaitu Waite Hanifiah turut mengakui wajah Miza sama seperti Allahyarham Siti Sarah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan.

Selain Uwais dan Ayash, mereka juga memiliki dua orang lagi cahaya mata iaitu Dzahira Talita Zahra serta Ariq Matin.

Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button