Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persediaan Deepavali

IPOH, 15 Nov — Kegembiraan membuat persiapan sambutan Hari Deepavali bertukar tragedi bagi satu keluarga di Taman Cempaka Kampung Koh, Sitiawan, apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tertikam pisau oleh sepupunya dalam satu insiden Jumaat lepas.

Kejadian berlaku semasa J.Adithiyan yang berusia tujuh tahun itu dipercayai berlari ke arah sepupunya yang berusia 11 tahun, yang sedang membawa pisau, pada kira-kira pukul 10.20 malam.

Menurut bapa saudaranya D. Mathialagan, 43, peristiwa malang yang menimpa anak kecil dan disayangi ramai itu berlaku dengan pantas, disaksikan ahli keluarga lain yang ketika itu berhimpun, dan sibuk membuat persiapan Deepavali.

Beliau yang ditemui pemberita di luar Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini berkata anak bongsu dari tiga beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba, dan laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Lumut.



Mathialagan yang hadir bersama adiknya Kumar, 41, berkata kanak-kanak itu sememangnya seorang amat aktif, disayangi ramai, dan juga sangat rapat dengan beliau serta isterinya, malah sering merujuk beliau sebagai bapanya.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.

EY Beauty Empire nafi terlibat kegiatan dadah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker