Rakaman semula ‘Marhaban tiba’ Sherry Alhadad

Tentu anda masih ingat dengan rakaman pengacara, Sherry Alhadad yang menjadi fenomena di media sosial ini dimana dia ketika mengacara program Muzik-Muzik tersasul disamping rakan pengacara, Haziq Hussni.

Rakaman itu memaparkan Sherry Alhadad secara live yang mana telatahnya yang tersasul tanpa disedari mengundang dia begitu hangat viral di media sosial. ‘Marhaban tiba, marhaban tiba,” itulah yang dinyanyikan oleh Sherry Alhadad.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

 

Apa yang mengundang ketawa ramai disebabkan lagu Ramadan Tiba yang dinyanyikan oleh Sherry Alhadad secara langsung itu bertukar menjadi Marhaban Tiba. Selepas ditegur oleh rakan pengacara, Haziq Hussni ternyata kedua-duanya tidak dapat menahan ketawa.

Mana tidaknya, yakin betul Sherry Alhadad menghabiskan nyanyian tersebut yang akhirnya dia tersalah lirik. Namun begitu, ternyata kejadian itu mengundang orang ramai terhibur lagi apabila Sherry Alhadad bersama Haziq Hussni merakam semula situasi lucu ini.



 

 

@haziq_hussni Tanda puasa dah dekat 🤣 @sherry_alhadad ♬ original sound – Haziq Hussni

 

Video dikongsikan oleh Haziq Hussni itu bagaimanapun mengundang orang ramai kembali terhibur dan ada juga yang mengatakan kejadian lucu itu sampai sekarang jika disaksikan masih sahaja mengundang ketawa.

“Yang ni epik. Sampai sekarang tengok pun still buat aku gelak. Konfiden tu Sherry beli kat mana?”

 

SYOK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker