Rugi RM3.17 juta angkara sarung tangan getah

Rugi RM3.17 juta angkara sarung tangan getah

Rugi RM3.17 juta angkara sarung tangan getah
Usahawan, Datin Noor Haslina Abdullah menunjukkan salinan laporan polis dan surat pertanyaan kepada polis berhubung kedudukan kes beliau menjadi mangsa penipuan pembekal sarung tangan getah. NSTP/ SYAIFUL RAZIQ

KUALA LUMPUR: Ibarat jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib malang menimpa seorang usahawan wanita, bukan setakat berdepan kerugian lebih RM3.17 juta akibat ditipu tujuh pembekal sarung tangan getah tempatan, malah hampir ditahan polis atas dakwaan menipu.

Lebih membingungkan Datin Noor Haslinda Abdullah, daripada tujuh laporan polis dibuatnya terhadap pembekal berbeza sejak tiga tahun lalu, setakat ini hanya satu kes mendapat maklum balas polis apabila suspek dihadapkan ke mahkamah.

Enam lagi kes walaupun membabitkan modus operandi sama, tiada sebarang tindakan diambil, malah surat dihantar kepada polis untuk bertanyakan kedudukan siasatan kes juga tidak pernah mendapat sebarang maklum balas.

Mengimbas penipuan dialaminya, Noor Haslina berkata, ketika wabak COVID-19 melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan, beliau berusaha meneroka perniagaan baharu untuk membayar gaji pekerja demi kelangsungan sekolah memandu yang diusahakannya di Kelantan.

Katanya, susulan itu beliau menceburi pelbagai perniagaan termasuk menjadi pembekal sarung tangan getah yang ditempah daripada kilang tempatan, sebelum dihantar kepada pembeli tempatan serta antarabangsa di Taiwan, Vietnam dan Thailand. .

“Menerusi usaha ini, selain mengeksport ke negara pembeli, saya juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung di Tok Bali, Kelantan; Kerteh 5 dan Gong Badak di Terengganu serta Jenderam di Selangor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Penduduk tempatan mendapat peluang bagi kerja menyisih dan membungkus semula sarung tangan yang ditempah dalam bentuk pukal sebelum dihantar kepada pembeli,” katanya kepada BH di sini.

Noor Haslina berkata, daripada 20 pembekal sarung tangan yang dimilikinya, masalah timbul apabila tujuh pembekal gagal menghantar tempahan yang dipesan kepada pembeli walaupun pembayaran sudah diselesaikan.

Katanya, setiap pembekal itu sudah menerima bayaran masing-masing di antara RM220,000 hingga RM896,000 membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM3.176 juta membabitkan sarung tangan yang perlu dihantar kepada 15 pembeli tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata, kegagalan pembekal itu menghantar barangan dipesan pembeli walaupun bayaran sudah diselesaikan, menyebabkan pelanggan mula mengambil tindakan, termasuk memfailkan dua tindakan saman sivil terhadapnya.

“Setakat ini ada dua kes saman sedang berlangsung membabitkan wang berjumlah RM1.8 juta, saya mungkin akan diisytihar bankrap, sedangkan saya kerugian besar kerana semua bayaran sudah diselesaikan kepada pembekal terbabit.

“Ada pembeli membuat laporan polis berhubung kegagalan pembekal menghantar tempahan menyebabkan saya pula dianggap menipu. Malah susulan satu laporan dibuat pembeli menyebabkan saya hampir ditahan pegawai penyiasat polis yang bertindak pantas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sedangkan masa sama, saya juga menjadi mangsa dan turut membuat laporan penipuan pembekal terbabit tetapi tiada sebarang tindakan segera diambil polis walaupun semua bukti sudah diserahkan,” katanya.

Noor Haslina berkata, beliau kini masih berusaha membayar balik wang pelanggan yang gagal menerima bekalan daripada pembekal berkenaan.

“Kini saya sudah mempunyai sijil kebenaran dari Lembaga Getah Malaysia yang membolehkan saya membeli secara terus dari pengilang sarung tangan getah tempatan.

“Namun kes penipuan pembekal harus diselesaikan kerana saya berisiko diisytihar muflis jika tiada apa-apa tindakan terhadap mereka yang menipu itu,” katanya.

Noorhaslinda berkata, selepas membuat laporan polis, beliau ada menghantar surat memohon status terkini daripada PDRM pada 10 Januari 2022, namun sehingga kini belum mendapat apa-apa maklum balas dari pihak polis.

Masa sama, katanya kini beliau masih menyimpan sejumlah barang kes dalam gudang miliknya dekat Jenderam, Selangor, susulan satu laporan polis yang menyebabkan beliau nyaris ditangkap, namun penyiasat polis tidak pernah meminta untuk melihat atau melawat gudangnya.

“Jika polis boleh beritahu apa status kes saya, dapat kebenaran melupuskan barangan kes, sekurang-kurangnya saya dapat menjual sedikit barangan untuk mendapatkan kembali modal kewangan, namun sehingga kini semuanya masih tergantung setelah lebih setahun,” katanya.

Pengarah syarikat didakwa gubah wang haram lebih RM1juta

Rugi RM3.17 juta angkara sarung tangan getah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker