Fahmi Reza didakwa tuduhan baharu hina PAS

Pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas tuduhan baharu menghina PAS di Facebook dengan mengaitkan parti itu dengan gambar minuman bir.

Fahmi didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memuat naik hantaran itu pada 1 Jun 2021 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu dibuat selepas kerajaan membenarkan kilang bir terus beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 2021.

Bagaimanapun, kerajaan kemudiannya mengarahkan kilang-kilang itu menutup operasi mereka.

Hantaran itu dibuat selepas kerajaan membenarkan kilang bir terus beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 2021.

Bagaimanapun, kerajaan kemudiannya mengarahkan kilang-kilang itu menutup operasi mereka.

Jika sabit kesalahan, Fahmi berdepan denda maksimum RM50,0000 atau penjara setahun.

Hakim Edwin Paramjothy membenarkan Fahmi diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes.

Fahmi diwakili Rajsurian Pillai manakala Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang mengendalikan pendakwaan.

Minggu lalu, Fahmi mohon dibicarakan atas dakwaan menghina bekas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Twitter.

Hantaran itu menyentuh dasar Jemaah Menteri pada 2021 yang membenarkan Menteri menjalani kuarantin selama tiga hari berbanding 10 hari, selepas pulang dari luar negara.

Free Malaysia Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker