Pesara rugi hampir RM320,000 akibat pelaburan tidak wujud

Pesara rugi hampir RM320,000 akibat pelaburan tidak wujud

Pesara rugi hampir RM320,000 akibat pelaburan tidak wujud
Foto hiasan

KUANTAN: Seorang pesara lelaki berusia 78 tahun kerugian RM319,899 akibat diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui media sosial Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan mangsa berminat menyertai satu skim pelaburan yang dijanjikan keuntungan di laman sosial itu pada Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan penjelasan dengan membuat peleburan dalam platform yang disediakan akan memperoleh keuntungan antara 10 dan 20 peratus.



“Mangsa berminat menyertai pelaburan yang ditawarkan dan pembayaran dilakukan secara berperingkat kepada empat akaun bank berbeza.

“Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas mendapati laman sesawang itu tidak dapat berfungsi dan tidak memperoleh sebarang keuntungan dan modal.

“Siasatan mendapati, wang RM319,899 itu adalah wang pencen milik mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya sentiasa mengambil tindakan pro aktif mempertingkatkan kempen pencegahan jenayah untuk memberi pendedahan mengenai modus operandi yang dilakukan sindiket berkenaan secara berterusan khususnya melalui media sosial.



“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud. Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan,” katanya.

Pesara rugi hampir RM320,000 akibat pelaburan tidak wujud

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker