Kenderaan membawa Muhyiddin Yassin keluar menuju SPRM

Kuala Lumpur : Kenderaan membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Bukit Damansara pada 10.52 pagi menuju ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 11 pagi ini.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri dijadual memberi keterangan tetapi beberapa laporan mengatakan Ahli Parlimen Pagoh itu akan didakwa hari ini.



Semalam, Muhyiddin mengesahkan akan hadir di Ibu Pejabat SPRM pagi ini.

“Bagaimanapun esok Khamis, saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi,” katanya.

Ketua Penerangan BERSATU Nasional, Datuk Razali Idris dan beliau juga menjangkakan bekas Perdana Menteri itu akan didakwa di mahkamah esok oleh SPRM.



“Muhyiddin sudah diminta hadir ke ibu pejabat SPRM dan kita jangka beliau akan ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah, esok.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button