Perintah larangan perjalanan terhadap Muhyiddin BERSATU mohon batal

KUALA LUMPUR: BERSATU semalam memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tindakan mengenakan larangan perjalanan salah terhadap presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut dokumen mahkamah, BERSATU turut membuat permohonan semakan berhubung perintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membekukan akaun bank parti berkenaan.

Parti itu menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Pengarah Kanan Bahagian siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim; Pengarah bahagian pencegahan pengubahan wang haram (AML), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud, selaku respoden pertama hingga keempat.

Menerusi permohonan itu, BERSATU memohon membatalkan perintah pembekuan akaun bank BERSATU di CIMB Islamic Bank Bhd dan AmBank.

Pada 1 Februari lalu, Azam Baki dilaporkan mengesahkan bahawa akaun BERSATU dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker